Wednesday, February 24, 2010

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2010


Tarikh : 25 Februari 2010
Hari : Khamis dan Malam Jumaat
Masa : 2-5 petang /6-9 malam
Tempat : Surau Al Firdausi SK Hijrah

Aturcara :
1. Solat Maghrib
2. Bacaan surah Yassin
3. Bacaan Tahlil
4. Bacaan Doa Selamat
5. Ceramah agama

Semua warga SK HIjrah dijemput hadir bagi memeriahkan sambuatan hari keputeraan Rasulullah s.a.w.

Sekian dan Terima kasih.

Thursday, February 18, 2010

Aturcara Sukan Tahunan 2010

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.....

Aturcara sukan tahunan 2010 boleh didapati dari blog member kita di http://skhijrah.wordpress.com/

Tarikh tutup penghantaran borang pendaftaran dan penyertaan bagi setiap acara ialah pada 1 Mac 2010 jam 12.30 tengah hari. Ini adalah bagi memudahkan bahagian aturcara dan buku program melunaskan tugas mereka.

 

Semoga semua perancangan kita berjalan baik ....Semua guru rumah telah bersedia untuk mengetangahkan bakat dan mengilapnya bagi melahirkan jaguh sukan sekolah yang boleh dibanggakan seterusnya mengharumkan nama sekolah,daerah,bahagian,negeri mahupun kebangsaan.

Terima kasih di atas segala bantuan, tunjuk ajar dan perhatian serta kerja sama dari semua pihak dalam usaha kita menganjurkan sukan tahunan 2010 kali ini samada secara langsung mahupun tidak langsung.

Tuesday, February 16, 2010

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL 1431H



Selamat Berjumpa Kembali....Selamat Segala-galanya...Semoga Tahun ini membawa kita ke gerbang kerjaya yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

GAMBAR KELAS SESI 2009

 
BANGUNAN KELAS PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI 2010

TAHUN 1A/2009
 
TAHUN 1B/2009

 
CALON 5A /2009
  
TAHUN 6A/2009
  
TAHUN 3B/2009
 
TAHUN 3A/2009
 
TAHUN 6B/2009
 
TAHUN 4A/2009
 
TAHUN 4B/2009
  
TAHUN 5A/2009
  
TAHUN 5B/2009
  
TAHUN 2B/2009
  
TAHUN 2A/2009
  
KAKITANGAN GURU 2009
  
KAKITANGAN BUKAN GURU 2009
  
MURID YANG TERPILIH MEWAKILI DAERAH/BAHAGIAN/NEGERI
DALAM PERTANDINGAN BOLA SEPAK, SEPAK TAKRAW, BOLA JARING
DAN OLAHRAGA 2009
 

MURID YANG TERPILIH MEWAKILI DAERAH/BAHAGIAN/NEGERI
DALAM PERTANDINGAN BOLA SEPAK, SEPAK TAKRAW, BOLA JARING
DAN OLAHRAGA 2009
  
SEMUA STAF SK HIJRAH BADONG DARO 2009
  
KELAS KPKI ABC/2009
  
MARAH TENGOK KAMERAKAH?
  
JURU GAMBAR. & DOKTOR IT SK HIJRAH BADONG DARO


MINGGU PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM 2009

 
"Semangat yang kuat mampu mengatasi apa sahaja cabaran yang datang"

 
'Berdoa dan meminta bukannya perkara yang sama''
 
''Tiada hiburan yang lebih murah daripada membaca'' 

 ''Apabila semua benda kelihatan semakin hilang, ingatlah bahawa masa depan masih ada''

 
''Berbuat baiklah, sesungguhnya Allah s.w.t menyukai orang-orang yang berbuat baik''
''Ingatlah, kita tidak akan menjadi miskin atau susah hanya kerana kita berkongsi sedikit daripada harta kita dengan orang lain''

 

BUKTI TERBAIK PERSAHABATAN IALAH KEPERCAYAAN

''Anda tidak boleh mengubah masa lepas anda. Tetapi anda boleh memusnahkan diri anda kini sekiranya terlalu memikirkan masa depan anda'

''Jangan sangka diri kita adalah yang terbaik kerana kita belum kecapi kejayaan yang orang lain capai''

"Kawan yang sebenar ialah seorang yang dapat menerima diri kita yang sebenar"

Monday, February 15, 2010

SUKAN TAHUNAN SEKOLAH 2010

SUKAN TAHUNAN SEKOLAH
SK HIJRAH BADONG DARO 2010
11 & 12 MAC 2010

PENGERUSI:
EN ALI BIN BUGIN
GURU BESAR
SK HIJRAH BADONG

SETIAUSAHA:
EN MOHD SALLEH HOSSAIN BAHARUN
PK KOKURIKULUM
SK HIJRAH BADONG

KETUA TEKNIKAL/HAKIM BALAPAN :
EN MOHD FAIZUL ABDULLAH

TEKNIKAL / HAKIM PADANG
EN HUSIN HAMAT

PERSIAPAN/PERHIASAN PADANG /KHEMAH :
EN YUSUF BAIJURI
EN RIDUAN ABDULLAH

KELENGKAPAN / PERALATAN :
EN HUSIN HAMAT
EN RICHARD CHANGGAN

KESELAMATAN & KEBERSIHAN :
EN BAHARODIN JIREN
PN DYG HALIPAH ABG WASLI
CIK LAFIZA KADIR

SIARAYA :
EN ABDULLAH KIPLI
EN MOHD AZHAR

PROTOKOL :
EN MOHAMAD HJ BADAWI
CIK AYANG LEE

PENGACARA :
CIK MARENI SUHAILI
EN MORSHIDI ALI

BUKU PROGRAM & ATUCARA
CIK SITI NORZEHAN ZAKARIA
PN ROHA MUSA
EN MOHD GHADUAN IBRAHIM
PN NORASITAH ABU

HADIAH / CENDERAMATA :
CIK NORIPAH SENGLI
PN JANE JANI
PN ROSNANI YUSUF
SEMUA GURU KAFA

PENDAFTARAN / KUARANTIN PESERTA :
CIK MASLIHUN MAHSEN
CIK KHADIZAH SINYOR
CIK SUMARSURIANI SUGIMAN
CIK NORAZASIMA SIDIT

JURU REKOD KEPUTUSAAN / MARKAH :
CIK SITI NORZEHAN ZAKARIA
PN HELEN MARIU
CIK SITI ROSDIANA RAHUNI
SEMUA GURU KAFA

PELEPAS :
EN HUSIN HAMAT
EN MOHD FAIZUL ABDULLAH

HAKIM PENAMAT :
EN MOHD GHADUAN IBRAHIM
CIK NORIPAH SENGLI
CIK ROHA MUSA

JAMUAN & MINUMAN
PN FATIMAH DANDAN
SEMUA PPM SEKOLAH SKHB

HAKIM LOMPAT JAUH
EN HUSIN HAMAT
EN ZAINAL RIPIN
PN KAMSIAH WAINI

HAKIM LOMPAT TINGGI
EN YUSUF BAIJURI
CIK MASLIHUN MAHSEN
CIK FAIRUZ SULIANA ABD SAMAD

HAKIM LONTAR PELURU
EN BAHARUDIN JIREN
PN HELEN ZAWAWI
CIK JASFORINA IBRAHIM

PENGURUSAN BOLA JARING
PN ANNE AMELIA ENOT MAMUT

PENGURUSAN SEPAK TAKRAW
EN MOHD GHADUAN IBRAHIM

PENGURUSAN BOLA SEPAK
EN HUSIN HAMAT

Sesi Pengambaran dan Taklimat Pendaftaran Ke Tingkatan 1 2009


Manusia tidak merancang untuk gagal, mereka gagal untuk merancang. ~ William J. Siegel

Mungkin diam itu suatu jawapan yang baik atau mungkin pula teguran dan nasihat yang baik.

Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan.
Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi.
Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan.
Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan.
Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan.
Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan.
Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati.
Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti.
Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan.
Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga.

Cuba Teka...Yang Mana Satu Murid Tahun 6

PELAJAR KERDIL DI SK HIJRAH BADONG DARO SESI 2009

Apa yang anda fikirkan mengenai diri anda, akan mempengaruhi diri anda sendiri.



Ada dua cara seseorang itu tidak boleh berjaya iaitu orang yang hanya mengerjakan apa yang disuruh dan orang yang tidak mahu mengerjakan apa yang disuruh.



Rahsia untuk berjaya ialah menghormati orang lain

Jangan menghina barang yang kecil kerana jarum yang kecil itu kadang-kadang menumpahkan darah.

Wajah-Wajah Ceria tahun 3A

Tanpa permulaan, anda tidak akan sampai ke mana-mana.



Kita lahir hanya dengan 1 hati jauh di dalam diri kita. Mengingatkan kita pada penghargaan dan pemberian cinta diharapkan berasal dari hati kita yang paling dalam. Belajar untuk mencintai dan menikmati betapa kita dicintai tapi jangan pernah mengharapkan orang lain untuk mencintai kita seperti kita mencintai dia.



Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilakukannya dan kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting ialah kita tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan kekalkan usaha hingga ke akhir hayat. - Joseph Conrad

RAHSIA PEMAKANAN GENIUS-GENIUS ISLAM

"Pemimpin yang baik akan memikul kesalahan & tidak mengejar nama"

"Lelaki berani mungkin akan kalah tetapi tidak akan mengalah"


Formula pemakanan genius-genius Islam silam yang menjadi rahsia keajaiban daya intelek mereka. Formula ini terpendam di dalam kitab-kitab tradisional dalam bahasa Arab. Tersembunyi dari pengetahuan orang Arab dan umat Islam sendiri. Namun akhir-akhir ini ada usaha-usaha untuk mengetengahkan kembali kepada umum. Sekarang semacam ada kecenderungan di kalangan ilmuan Islam dan bukan Islam untuk mengkaji dan menguji keabsahan formula ini. Ini didorong oleh penemuan – penemuan saintifik yang membuktikan kebenarannya, khususnya terhadap susu, madu dan telur. Berikut adalah formula pemakanan genius – genius Islam yang telah terbukti berupaya meningkatkan kepintaran dan kekuatan daya ingatan :
1) MADU
Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktirafkannya sebagai “shifa’” iaitu penyembuh penyakit. Manisan madu digelar “Raja Ubat”, dapat menyembuh kebanyakkan penyakit. Ia adalah makanan untuk kesihatan keseluruhannya. Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptik dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental individu. Madu juga mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnesium, potassium (kalium), kuprum, silika, klorin, mangganese dan belerang untuk memupuk tenaga dan kesihatan fizikal-mental. Rasullullah s.a.w bersabda, “Siapa ingin hafal, hendaklah ia minum manisan madu”. Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit – penyakit mental di mana ia boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat.
CARA MINUM : 2 sudu teh pada waktu pagi dan malam.
PANTANG : Jangan makan tembikai semasa menggunakan madu. Sangat merbahaya !

2) KISMIS
Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, lembab dan mengalami kelemahan dalam berfikir.
CARA MAKAN :
i)Menghadap Kiblat
ii)Baca “Bismillah” dan selawat ke atas nabi (3 kali)
iii)Baca doa penerang hati
iv)Makan secara kemam seperti makan gula-gula. Tidak berkesan jika dikunyah seperti makan kacang.
v)Makan sebiji-biji sebanyak 21 biji setiap hari.

3) SUSU SEGAR
Susu berguna untk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semulajadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu adalah makanan yang paling lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi enam kelas makanan yang amat diperlukan oleh tubuh iaitu karbohidrat, lemak, protein, semua jenis vitamin, mineral dan air. Ia berkhasiat untuk merawati kesihatan umum dan merupakan penawar kelupaan yang berkesan. Rasullullah s.a.w menerangkan susu boleh menguatkan belakang, menambahi akal, memperbaiki penglihatan dan menghindari penyakit lupa. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri – biri dan lembu yang segar. Susu hidup lebih berkhasiat dari susu debu.
CARA MINUM :
i)Sekurang-kurangnya segelas pada sebelah pagi dan malam
ii)Baca “Bismillah” dan doa minum susu seperti yang dibaca oleh Rasullullah s.a.w

4) TELUR
Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli – ahli kesihatan mengakui ia merupakan makanan yang lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi protein, mineral, vitamin, kalsium, kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi, air, choline dan bahan ekstraktif. Sabda Nabi s.a.w, “Sesungguhnya seorang nabi a.s mengadu kepada Allah (kerana dia)lemah badan. Maka Allah s.w.t memerintahkannya supaya memakan telur”. Telur terutama telur kuning, berupaya mengatasi masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda sekaligus. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.

5) HALIA
Ianya sangat mujarab untuk gejala kelupaan. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halua. Halua ialah halia yang dijadikan manis – manisan dengan merebus dan mencampurkannya dengan gula.
CARA MAKAN : Dimakan sedikit sahaja pada waktu pagi.

6) LIMAU OREN
Berkhasiat untuk mengemaskan urat-urat jantung dan menambah kekuatan fikiran menurut hadis Nabi s.a.w. Limau – limau jenis lain juga elok untuk diamalkan.

7) BUAH DELIMA
Untuk penerang hati. Sabda Nabi s.a.w, “Barangsiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari.”

8) DAGING BURUNG MERPATI
Ianya banyak digunakan oleh bijak pandai Islam dan Melayu dahulukala. Ia mengandungi protein, lemak, kalsium, fosforus dan kalori. Sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutama kanak – kanak. Kaedah ini sangat popular dan berkesan. Kanak – kanak yang diberi telur burung merpati didapati dapat bercakap lebih awal dari kebiasaannya.

9) OTAK AYAM
Boleh dibuat sup dan dicampur dengan halia. Otak ayam yang segar juga boleh dibuat penawar sementara bagi gigitan ular. Perlu diamalkan memakannya.

10) DAGING AYAM
Berbanding dengan semua jenis daging, ayam dianggap mengandungi kadar zat pemakanan yang paling tinggi. Daging ayam betina dara terutamanya berkhasiat meningkatkan prestasi otak dan membaiki darah. Abu Musa r.a meriawayatkan bahawa Nabi s.a.w memakan daging ayam betina.

11) DAGING BIRI-BIRI
Menambah darah, sesuai untuk orang aktif dan bekerja berat serta dapat meningkatkan kekuatan hafazan.

12) HATI
Terutamanya hati ayam dan lembu. Mengandungi pelbagai jenis vitamin dan bermanfaat untuk kesihatan mental dan fizikal.

13) KEKACANG
Beberapa jenis kacang seperti gajus, berangan, kacang soya, pistachio dan lain-lain. Kacang pistachio dipercayai sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutamanya kanak-kanak. Memakan kacang pistachio merupakan amalan pemakanan seorang pelajar genius berbangsa Melayu yang tinggal di Melaka. Kekacang mengandungi nilai protein yang tinggi.

14) BUAH BADAM
Untuk meningkatkan kecerdasan.

15) ZA’FARAN : KOMKOMA (CROCOS SATIVUS)
Sejenis bahan berambu merah. Dimakan sedikit sahaja. Dijual di kedai-kedai runcit India dan sesetengah kedai runcit Melayu.

16) KEMENYAN PUTIH (kemenyan serani/luban/kundar)
Ditumbuk halus-halus dan dimakan dengan gula.

17) BUNGA KOBIS
Terdapat sejenis asid amino untuk tenaga mental.

18) BUNGA CENGKEH
Ditumbuk sehingga halus lalu diamakn sedikit sahaja.

19) LABU
Berfaedah menambahkan keupayaan fikiran dan akal. Sabda Nabi s.a.w., “Makanlah labu kerana ia mencerdaskan akal”. Baginda juga berkata, “Jika kamu membuat sup (atau kuah), dianjurkan memasukkan labu ke dalamnya kerana ia menambahkan kemampuan fikiran dan akal.

20) BUAH KEDEKAI (MAJALAWI)
Menguatkan hafalan dan menguatkan kekuatan badan.

21) MINYAK SAPI
Dimakan terus atau dicampurkan dengan masakan dalam kuantiti yang kecil.

22) SAYUR-SAYURAN DAN BAUH-BUAHAN SEGAR
Juga membantu meningkatkan akal dan memori.


"Jika anda berhasrat untuk berjaya, jangan hanya memandang ke tangga tetapi belajarlah untuk menaiki tangga tersebut"

"Di mana anda berdiri, di situlah perlumbaan kehidupan anda dan lupakan masa silam"

MAKANAN PENYEBAB LUPA

"Berfikir sebelum berbuat adalah satu kebijaksanaan, berfikir selepas berbuat adalah satu kebodohan, berbuat tanpa berfikir adalah seribu kebodohan"

1) Banyak makan epal yang sudah masam.
2) Banyak makan makanan masam termasuk asam atau jeruk buahan.
3) Banyak makan bawang besar.
4) Banyak makan makanan yang mengandungi rempah dan ketumbar kering.
5) Memakan kepala ikan.
6) Memakan makanan dan minuman yang bercampur dengan semut. Semut dipercayai mengandungi sejenis kimia yang boleh melemahkan ingatan.
7) Makan sehingga terlalu kenyang.
8) Makan makanan yang disentuh oleh tikus.
9) Makan makanan yang dijual di warung-warung yang kotor dan terdedah.
10) Minum minuman yang memabukkan seperti arak dan tuak masam.
11) Banyak makan makanan yang mengandungi bahan kimia termasuk bahan perasa dan bahan awet. Umpamanya minuman bergas dan makanan segera (junk food). Bahan kimia di dalamnya boleh menumpulkan fikiran dan daya ingatan seseorang.


"Kerana anda dapat mengawal kehidupan anda. Jangan sesekali lupa bahawa anda adalah diri anda setelah pilihan yang anda buat secara sedar atau tidak sedar" Barbara Hall.

PETUA – PETUA MUJARAB UNTUK KECERDASAN DAN INGATAN

1) Kemenyan putih atau kemenyan serani ditumbuk sehingga halus. Kemudian campurkan dengan sedikit gula pasir. Dimakan satu sudu pada setiap pagi untuk mendapatkan otak yang pintar dan memudahkan hafalan. Kemenyan ini boleh dibeli di kedai-kedai runcit. Nabi s.a.w. menggalakkan penggunaannya untuk kecerdasan.

2) Telur separuh masak yang dicampurkan dengan madu dan 5 hingga 7 biji badam di makan pada setiap malam. Ia adalah resepi istimewa untuk masalah – masalah yang berhubung dengan otak. Berkesan untuk mengatasi kelemahan daya ingatan, ketumpulan akal fikiran, penat selepas memerah fikiran, kerap menguap, lemah daya penumpuan, selalu berkhayal, tidak berminat dengan kerja seharian dan emosi mudah terganggu.

"Kesusahan tidak semuanya seksaan dan yang paling pahit itu bukan semuanya racun. Tetapi adakalanya lebih berguna daripada kesenangan yang terus-menerus"
www.familiazam.com
"Orang yang sebenarnya berani ialah mereka yang tak lekas patah hati, tetapi bertahan dengan menghadapi setiap dugaan dan cabaran"

MEMBERSIHKAN PERUT UNTUK TERANG HATI

MEMBERSIHKAN PERUT UNTUK TERANG HATI

Perut adalah sumber kepada hampir segala penyakit ! Perut bersih, badan terhindar dari penyakit dan otak menjadi sihat. Perut kotor, badan terdedah kepada pelbagai penyakit dan otak menjadi lemah.
Pembersihan ini boleh dilakukan dengan memakan julap atau jadam. Makanlah sebulan atau dua bulan sekali. Memakan julap adalah amalan orang Arab dan India. Memakan buah pic sebelum makan pagi juga boleh menggantikan julap dan jadam untuk membersihkan perut. Sebenarnya terdapat banyak kaedah untuk membersihkan perut mengikut pelbagai masyarakat dan agam.
Misalnya Agama Islam, di samping mewajibkan berpuasa sebulan pada bulan Ramadhan, Islam juga menggalakkan umatnya untuk berpuasa pada setiap hari Isnin dan Khamis dan pada hari-hari tertentu. Amalan ini dapat membersihkam perut dan seterusnya menerangkan hati pengamalnya. Kesihatan otak dan badan keseluruhannya akan bertambah sekiranya anda rajin menjaga kebersihan usus dan perut.

Amalkan...semoga berjaya.

Pasukan Bola Sepak ASAT ke Peringkat Negeri Sarawak 2009




Tahniah kepada semua jurulatih yang telah berusaha melatih dan mengasah bakat para pelajar sampai kelibat mereka ini juga mengerunkan pihak lawan di pertandingan tersebut. Harap kalian akan terus kekalkan prestasi bagi mengharumkan nama sekolah.

Pasukan Bola Jaring ASAT ke Peringkat Negeri Sarawak 2009



Tahniah kepada semua juru latih yang telah bertungkus lumus mengasah dan mendidik anak kita sampai ke tahap ini. Teruskan usaha anda walaupun kita tidak mendapat tempat di pertandingan tersebut.

Pesanan Rasulullah S.A.W.Kepada Saidina Ali

Ya Ali ! Apabila engkau melihat ular dijalan maka bunuhlah dia, kerana aku telah memberikan ketentuan kepada Jin bahawa mereka tidak akan muncul dalam rupa ular di jalanan. Barang siapa melanggar ketentuan itu silakan membunuhnya.

Ya Ali !. Ada empat perkara yang membaca celaka :
• Mata yang beku (tak sudi mengeluar air mata)
• Kesat hati,
• Panjang angan-angan dan
• Tergoda oleh dunia

Ya Ali ! Aku melarangmu dengan empat perkara:
• Iri hati
• loba
• bohong dan
• pemarah

Ya Ali ! Mahukah engkau aku beritahukan tentang sejahat-jahat manusia? Aku menjawab: tentu Ya Rasulullah !
Yakni : Orang yang musafir sendirian dan melarang orang lain turut berserta dengannya dan memukul hamba sahaya.

Ya Ali ! Janganlah marah bila dikatakan kepadamu
(Takutlah kepada Allah)
Maka hal itu akan membahayakanmu pada hari Kiamat

Ya Ali ! Sesungguhnya Allah kagum kepada hambaNya dikala ia bermohon kepada Tuhan
اللَّهَّمَ اغْفِرْ لِى اِنَّهُ لا يَغْفِرُ الْذُنُوْبَ اِلا اَنْتَ
Lantas Allah berfirman kepada para malaikat : "Hai para Malaikat ! HambaKu ini tahu bahawa tidak ada yang akan mengampuni dosa-dosanya selain Aku, maka saksikanlah oleh kamu semua bahawa Aku telah memberi ampun baginya."

Ya Ali ! Bila engkau masuk pasar, maka ucapkanlah dikala engkau masuk:
بِـسْمِ الله وَبِالله اَشْهَدُ اَنْ لا اله الا الله
وَاَشْهَدُ اَنْ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ
Nescaya Allah berfirman : "HambaKu ini mengingati Aku dikala orang lain lalai. Saksikanlah bahawa Aku telah memberi ampun baginya.
Sesungguhnya Allah kagum terhadap orang yang mengingatinya di dalam pasar.

Apabila engkau masuk Masjid maka ucapkanlah
بِـسْمِ الله وَالسَّلامُ على رسول الله
اللَّهَّمَ افْتَحْ لِى اَبْوَابَ رَحْمَتِكَ
dan apabila engkau keluar maka ucapkanlah:
بِـسْمِ الله وَالسَّلامُ على رسول الله
اللَّهَّمَ افْتَحْ لِى اَبْوَابَ فَضْلِكَ

Ya Ali ! Janganlah engkau herdik orang yang datang meminta pertolongan sekalipun ia datang dengan menunggang unta, dan berilah dia, kerana sedekah itu lebih dahulu jatuh ke tangan Allah (untuk diberi pahala) sebelum jatuh ketangan peminta

Ya Ali ! Jauhilah sengketa kerana itu akan menghapuskan amalan-amalan engkau

Ya Ali ! Bacalah :

قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ
اللَّهُ الصَّمَدُ
لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ
وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُوًا أَحَدٌ
kerana itu mencegah kefakiran. Dan jauhi pula riba, kerana padanya terdapat enam perkara, tiga di dunia ini dan tiga lagi pada hari akhirat.
Adapun yang didunia
• ia akan cepat memusnahkan harta benda,
• melenyapkan kekayaan dan
• menghapuskan rezeki
Adapun yang diakhirat
• maka ia akan membawa buruk perhitungan (hisab),
• kemurkaan Allah Azza wa jalla dan
• kekal dalam neraka

Ya Ali ! Apabila engkau masuk ke rumahmu, maka ucapkanlah salam kepada keluarga rumuahmu

Ya Ali ! Janganlah engkau masuk kamar mandi tanpa kain basahan, kerana terkutuklah orang yang melihat dan apa (aurat) yang dilihat.

Ya Ali ! Janganlah engkau memakai cincin pada jari telunjuk dan jari malang (tengah) kerana itu adalah perbuatan kaum Luth

Ya Ali ! Segeralah bersedekah, kerana bala bencana itu tidak bisa melangkah mendahului sedekah

Pengurusan Berkualiti Menyeluruh Hal Ehwal Murid Di Peringkat Sekolah Peranan Dan Ketrampilan Kerja

"You can delegate authority, but not responsibility."
~ Stephen W. Cominsky

Pendahuluan

Apa pun nama atau label yang kita letakkan kepada sekolah-sekolah yang dikenalpasti sebagai sekolah-sekolah yang cemerlang seperti sekolah berkesan, sekolah bestari, sekolah berwatak, sekolah perdana atau sekolah harapan negara tidak akan wujud secara kebetulan atau secara bernasib baik sahaja atau diberi layanan istimewa daripada pihak-pihak tertentu tanpa wujudnya orang-orang yang bekerja keras meletakkan kepentingan organisasi dan misi ke satu tahap yang sukar ditandingi oleh sekolah-sekolah lain.
Siapakah yang memainkan peranan sehingga organisasi mencapai tahap yang gemilang dan cemerlang itu kalau bukan para pentadbir dan guru-gurunya? Organisasi yang tersohor tentulah dianggotai oleh orang-orang yang juga tersohor. Kejayaan orang-orang inilah yang membawa organisasi mereka mencapai matlamat dan objektif dengan berkesan. Kecemerlangan pengurusan sering diukur menerusi kecekapan dan keberkesanan para pengurusnya dalam mencapai objektif organisasinya.
Kecemerlangan pengurusan ini hendaklah dilihat sebagai kecemerlangan dan kejayaan semua ahli organisasi terutama di kalangan 'pengurusan' iaitu para penolong kanan terutamanya Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dalam konteks kertas ini. Sebagai 'ketua' di bidang hal ehwal murid ini bererti Penolong Kanan Hal Ehwal Murid juga adalah seorang 'pemimpin'. Antara ciri-ciri pemimpin yang berkesan adalah:
• Unit atau organisasinya berfungsi dengan lancar.
• Dapat jadikan orang-orang lain lakukan apa yang dikehendakinya.
• Dihormati dan dikagumi oleh orang-orang lain.
• Pihak lain sebulat suara menganggapnya seorang pemimpin yang berkesan.
Kepemimpinan yang berkesan ialah kebolehan mencapai sebahagian atau semua ciri di atas. Oleh itu setiap dari kita wajar mengetahui dan menghayati beberapa ciri dan aspek yang bersangkutan dalam membentuk dan mewujudkan pengurusan Hal Ehwal Murid yang 'tip-top' di sekolah masing-masing berdasarkan objektif-objektif kertas ini seperti berikut:
• Mengetahui, memahami "pengurusan" bidang tugas dengan lebih komprehensif.
• Meningkatkan kesedaran peranan yang dimainkan oleh GPK HEM.
• Mampu menterjemahkannya kepada 'kerja-buat' dan produktiviti berkualiti.
• Meningkatkan kewibawaan dan ketrampilna personel.
• Menggarap Kualiti Menyeluruh (TQM) dalam pengurusan amnya dan pengurusan Hal Ehwal Murid khasnya.
• Sedia menghadapi bidang tugas dan peranan yang lebih berat dalam hubungan prestasi dan kemajuan serta peningkatan kerjaya.
Untuk lebih menjamin kejayaan apa jua urusan yang kita hadapi dan tangani jangan lupa aspek SIKAP; yang menentukan kita sedia atau tidak untuk 'berubah'; sedia atau tidak untuk menukar strategi dan pendekatan; dan bersikap optimistik bahawa kita adalah seorang GPK HEM yang lebih berwibawa dan lebih berkesan.

1. Mengetahui, memahami 'pengurusan' bidang tugas dengan lebih komprehensif.
• Tahu dan faham semua Bidang Tugas , Senarai Tugas dan Pentadbiran seperti yang dikeluarkan oleh Bahagian Sekolah-Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia (1990) seperti yang disertakan.
• Kena faham betul-betul istilah "penolong kanan" yakni orang kanan, orang harapan Guru Besar, orang penting dalam heirarki organisasi sekolah dalam urusan hal ehwal murid.
• Ketahui apa yang dibuat itu tepat dan betul dari segi falsafah, konsep, prinsip dan prosedurnya serta memahami batas-batas dan implikasinya dari segi perundangan dan keharmonian organisasi dan masyarakat setempat.
• Memiliki salinan-sallinan pekeliling dan siaran-siaran berkaitan Hal Ehwal Murid terutamanya Pekeliling-Pekeliling Ikhtisas dengan lengkap dan kemaskini serta mudah diakses apabila diperlukan.
• Sentiasa tingkatkan pengetahuan dan kemahiran, perbaiki kelemahan dan jangan lupa selaku seorang pemimpin hal ehwal murid di sekolah kita tidak boleh menyalahkan guru-guru di bawah kita sebleum kita 'menyalahkan diri sendiri' terlebih dahulu.
2. Meningkatkan kesedaran peranan GPK HEM
• Sedar bahawa perkataan 'hal ehwal' itu sendiri menunjukkan segala-gala hal mengenai murid di sekolah; semua hal bersangkutan murid dengan agensi-agnsi luar sekolah...adalah 'kerja kita!'
• Aspek-aspek yang GPK HEM kena bertanggungjawab iaitu disiplin, kaunseling, kebajikan, keselamatan, motivasi, komunikasi dan sebagainya.
• Kena sedar betapa 'beratnya' peranan yang GPK HEM patut dan boleh mainkan. Seorang GPK HEM berperanan dalam situasi dan keadaan yang berbeza-beza, sebagai seorang; suri teladan, pemudahcara, penyelesai masalah, kaunselor, motivator, idola, jurulatih, instruktor, bahkan sebagai ibu, bapa, abang atau kakak kepada murid-muridnya.
3. Mampu menterjemahnya kepada 'kerja-buat' dan produktiviti berkualiti
• Apa yang diketahui, apa yang difahami tidak cukup dengan mengakuinya sahaja; ia mesti dibuktikan dengan 'kerja-buat' kita berdasarkan ciri-ciri;
1. sentiasa on-time
2. sentiasa berkualiti
3. menampakkan unsur imaginatif, kreatif dan inovatif.
• Kerja-buat yang dimaksudkan meliputi:
1. Pelaporan retan, data dan maklumat, banci, diagnosis dan anlisis
2. Pengelolaan program dan aktiviti berkaitan di sekolah
3. Penyeliaan, pemantauan serta semakan tindak ikut berhubung RMT/PSS,
SPBT, Buku Setok, Rekod dan Fail, Jadual Kedatangan, Buku Daftar Sekolah
dan Buku Resit Yuran Khas, Buku Rekod Kesihatan Murid (RKM1),
Hapuskira Perabot dan Buku Teks dan lain-lain yang seumpamanya.
4. Penglibatan Total dalam semua AJK peringkat sekolah, Pasukan Petugas,
Program Khas Untuk Guru atau Murid, Majlis dan Upacara, dan sebagai wakil
Guru Besar jika diarahkan.

4. Meningkatkan kewibawaan dan ketrampilan personel
• Personel yang berwibawa bercirikan:
i. ilmu pengetahuan & pengalaman
ii. kemahiran: mengurus dan teknik
iii. sikap positif: fikir positif dan buat positif
iv. komunikasi: interpersonal dan intrapersonal
• Ketrampilan adalah isu pokok berhubung dengan 'bakat' dan 'kebolehan' seseorang ketika menjalankan tugas. Bakat adalah potensi kebolehan, sementara kebolehan adalah pengetahuan dan kemahiran yang sedia dimiliki oleh seseorang.
• Ketrampilan juga bermakna 'sentiasa ke depan' dalam banyak aspek tidak hanya 'penonton' tetapi menjadi 'teraju utama' dalam menyempurnakan tugas dan tanggungjawab.
• Apabila kita sudah 'boleh' melaksanakan tugas dengan sempurna dan tepat, betul serta kemaskini dan menepati piawaian yang ditentukan barulah kita membuktikan kewibawaan kita dalam bidang di bawah tanggungjawab kita itu tidak dipertikaikan oleh mana-mana pihak.
5. Menggarap Kualiti Menyeluruh (TQM) dalam pengurusan amnya dan dalam pengurusan
Hal Ehwal Murid khasnya.
• Konsep kualiti secara keseluruhan yang dipamerkan dalam semua aspek di dalam organisasi di mana Hal Ehwal Murid adalah salah satu komponen yang amat penting.
• Menyeluruh bererti:
i. semuanya terlibat (sistem, personel, unit, prosedur)
ii. melibatkan pendekatan jangka pendek dan jangka panjang
iii. tidak ada aspek, walau bagaimana kecil sekali pun dibiarkan tanpa ditangani
iv. diketahui dan difahami oleh seluruh warga organisasi.
• Tiga prinsip perlu dipatuhi bagi capai kualiti:
Prinsip 1 : Kualiti ialah sebarang produk atau servis yang memuaskan hati pelanggan.
Ia bukan soal lebih baik atau lebih mahal. Ia soal menepati kehendak
pengguna. Untuk capai kualiti semua pelanggan (luar dan dalam)
organisasi mestilah berpuas hati.

Prinsip 2: Standard kerja ialah 'defect free' (tiada kecacatan). Setakat hampir-
hampir belum cukup. Untuk capai kualiti setiap orang mesti ada sikap
'defect free' dalam apa sahaja yang dibuat.

Prinsip 3 : Kualiti diukur dengan 'price of non quality' (PONQ). PONQ ialah apa
yang jadi kos kepada organisasi dari segi masa, kewangan atau peluang
apabila perkara-perkara tidak dilakukan dengan cara yang paling baik.

• Tujuh ASAS KUALITI menyeluruh yang mesti dan perlu dilaksanakan bagi mencapai kualiti menyeluruh di sekolah adalah sebagaimana berikut:
Asas # 1 : Menepati Standard
Asas # 2 : Mengongsi Visi
Asas # 3 : Pencegahan
Asas # 4 : Buat Betul Kali Pertama (DIRFT)
Asas # 5 : Pengukuran
Asas # 6 : Penglibatan Total
Asas # 7 ; Penambahbaikan Berterusan (KAIZEN)
• Asas # 1 : Menepati Standard dimaksudkan sebagai mencapai standard yang telah ditetapkan serta mempunyai sistem yang dapat memenuhi keperluan klien (pelanggan) yang menjurus kepada; fokus kepada pelajar, boleh dicapai; komunikasi dan persetujuan bersama.
• Asas # 2 : Mengongsi Visi membawa maksud membina perkongsian padu dalam dan luar sekolah dan tumpuannya kepada keperluan-keperluan, dialog serta usaha-usaha menghapuskan halangan-halanan mencapai penambahbaikan dengan menghapuskan halangan, mengamalkan kesamarataan layanan dan tindakan di dalam dan diluar sistem sekolah bagi mewujudkan faedah bersama.
• Asas # 3 : Pencegahan membawa pengertian baru di mana perlunya ketrampilan 'mencegah masalah' bukan hanya 'menyelesaikan masalah' dengan jadikan proses-proseseyan boleh ramal, mulakan dengan perancangan, terapkan dan mantapkan bahawa pencegahan adalah sikap dan dengan menambah masa belajar.
• Asas # 4 : Buat Betul kali Pertama (DIRFT) jadikan ianya satu standard prestasi tunggal dalam semua kerja-buat sama ada kerjaya atau peribadi yang bermaksud tidak ada standard alternatif, buat betul dalam kekmampuan kini serta mengikat keberkesanan dan kecekapan.
• Asas # 5 : Pengukuran pula bererti dan meliputi mengenalpasti peluang-peluang, membantu tetapkan matlamat penambahbaikan, membantu menetapkan kemajuan, memfokus kepada usaha penambahbaikan sahaja dan mestilah digunakan dalam aspek operasi melibatkan kualiti program, kecekapanan sekolah, kemajuan projek dan budaya kualiti.
• Asas # 6 : Penglibatan hendaklah dimaksudkan sebagai satu situasi di mana semua orang dan semua tahap terlibat dalam proses menggarap kualiti menyeluruh ini berdasarkan pasukan kualiti dan penglibatan dicirikan dengan menggembleng sumber utama iaitu manusia, berkongsi dalam membuat keputusan, menghargai 'teamwork' dan akhirnya menimbulkan rasa kepunyaan (sense of ownership)
• Asas # 7 : Penambahbaikan Berterusan (KAIZEN) yang bererti usaha-usaha menggarap kualiti menyeluruh dilakukan tanpa henti dan tanpa penghujungnya. Oleh itu penambahbaikan berterusan mestilah menghapuskan rasa 'selesa', merupakan kunci dan juga menjadi satu tabiat kejayaan, dapat merangsang inovasi tanpa takut dan tidak kurang pentingnya terhapusnya budaya dan sindrom 'hangat-hangat tahi ayam.'
Indikator menunjukkan kualiti pengurusan wujud dan dihayati:

Aspek ADA;
• Ada perancangan program dan jadual aktiviti (seperti SKT) berdasarkan tahunan, bulanan, penggal dan mingguan atau harian.
• Ada instrumen pengesanan boleh merupakan senarai semak (tugas, petugas dan tarikh); pelaporan (perkembangan dan proses); rekod kerja (buku-log, senarai kehadiran, fail khas); penilaian (berkala, berterusan); dan tinddkan (baiki kelemahan dan tidak mengulanginya lagi).
• Ada dokumentasi yang dijilid kemas sama ada dalam bentuk buku, risalah, hand-out, buletin, news-letter dan sebagainya. termasuk dalam dokumentasi ini juga gambar foto, flow chart, carta Gantt, carta organisasi dan tidak kurang pentingnya mestilah disokong oleh sistem fail yang kemaskini dan lengkap.
Aspek TIADA;
• Tiada surat ulangan, teguran atau peringatan yang diterima daripada JPNP, PPD, KWSP, Audit Sekolah dan seumpamanya.
• Tiada aduan, sungutan dan rungutan daripada pihak-pihak berkepentingan sampai melibatkan media massa.
• Tiada sebarang kelewatan dalam memberi respon sama ada ianya bersifat rutin atau berkala apatah lagi melibatkan klien terdekat kita iaitu murid dan penjaga mereka.
• Tiada berlakunya buat kerja dua kali yang melibatkan pembetulan dan menyebabkan pembaziran dari segi sumber, masa dan tenaga.
• Tiada wujudnya sindrom elak-mengelak dalam menerima tugas dan tanggungjawab atau melaksanakan sebarang tugas yang telah dipertanggungjawabkan.
• Tiada 'clique' di sekolah yang menularkan pengaruh-pengaruh negatif dan merosakkan organisasi, masing-masing dengan falsafah "aku-aku", "engkau-engkau" seperti kata perumpamaan Melayu "Bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing".
6. Sedia Menghadapi Tugas Yang Lebih Berat
• Pengetahuan dan pengalaman kerja adalah prasyarat kepada peningkatan prestasi yang dijangkakan apabila seseorang itu memegang jawatan-jawatan naik pangkat dalam kerjanya. Pengetahuan dan pengalaman kerja yang dimaksudkan itu tidak akan diperolehi jika kita tidak didedah, dilatih dan dibimbing dalam kerja-kerja kita sewaktu kita masih di peringkat awal perkhidmatan kita.
• Mampu menjadi seorang 'ketua' yang bertanggungjawab malah berani menghadapi 'risiko' dalam segala keputusan dan tindakannya. Seorang ketua sejati tidak melepaskan segala-galanya kepada orang-orang bawahannya sahaja. Ingatlah "You can delegate authority, but not responsibility".
• Mampu berfikir secara rasional berdasarkan prinsip yang betul dalam mengambil sebarang tindakan, tidak terpinga-pinga atau tenggelam punca apabila berhadapan dengan kerenah staf dan anak buah.
• Mampu memimpin organisasi atau unitnya dengan berkesan dan cemerlang dan dengan semangat "kesejawatanan" yang tinggi akhirnya dapat melahirkan 'sekolah berwatak' yang ditunjukkan dalam semua aspek iklim sekolah yang unggul dan berkesan.
• Mampu menyumbang buah fikiran, tenaga dan kepakaran serta bakat istimewa yang dimiliki bagi membantu sekolah-sekolah atau rakan-rakan yang lain di peringkat kelompok atau pun daerah.
Iklim Sekolah

Selaku seorang Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, kita merupakan orang penting (selepas Guru Besar) yang dijangkakan dapat membantu dan membimbing guru-guru dan murid-murid kita mencapai kejayaan cemerlang dalam bidang akademik dan bukan akademik melalui portfolio yang kita sandang. Di samping organisasi pengajaran yang merupakan 'teras' kepada matlamat dan objektif mengapa sesebuah sekolah tu diwujudkan, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid perlu berfungsi membina dan memupuk iklim sekolah yang sihat, kondusif, ceria, bersih, cantik, kemas, seronok, selamat serta menjadi kebanggaan guru dan murid. Unsur-unsur tidak formal dan normatif di sekolah seperti disebutkan itu amat mempengaruhi malah menyokong pembelajaran serta pembentukan sikap diri insan yang amat tinggi nilainya. Sewajarnyalah kita membetulkan sikap dan tingkah-laku terutamanya dari segi penyempurnaan tugas-tugas seharian kita di sekolah.

Kepemimpinan yang paling berkesan ialah kepemimpinan melalui teladan. Oleh itu sebelum memimpin orang lain, pimpinlah diri kita dahulu. Di sinilah sikap dan ketrampilan kita dalam memberi teladan kerja memainkan peranan penting dalam membentuk dan memupuk 'school-wide improvement' yang melibatkan semua orang dan berjalan secara berterusan.

Mencapai tahap pengurusan atau budaya kerja yang berkualiti tinggi memerlukan satu kekuatan jiwa dan mental bagi melakukan perubahan dan menangani kemelut dan konflik yang sama ada telah lama wujud atau yang baru 'diimport' yang terdapat di sekolah kita sekarang. Menangani perubahan tidak bermakna sekadar 'bertukar sekolah' tetapi kita masih tidak ' bertukar sikap, pemikiran dan amalan' kita selaku Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. Menangani perubahan memerlukan penglibatan semua orang di sekolah. Salah satu pengaruh menghalang pelaksanaan pembaharuan ini adalah pengaruh negatif kumpulan tidak formal (informal group) di kalangan guru-guru atau kakitangan bukan guru yang lain di sekolah.

Tidak sukar mencapai keberkesanan kerja-buat atau mempertingkatkan kefahaman dan amalan kita kepada 'kerja sebagai ibadah' atau 'amalan soleh' dalam hubungan tugas-tugas hakiki kita selaku Penolong Kanan Hal Ehwal Murid di sekolah jika kita membetulkan dan memperluas konsep 'ibadah' dan 'amal soleh' itu sendiri.

Prof. Hassan Langgulung (1991) menyebut; "Sebagai contoh apa yang dimaksudkan daripada ungkapan itu adalah pandangan yang menyeleweng tentang makna "soleh". Pengertian manusia soleh, sepeti yang kita fahami sekarang adalah orang yang tidak mencuri, tidak minum arak, tidak berzina dan lain-lain. Sekan-akan kita lupa sama sekali tentang apa dia akhlak yang luhur itu. Seakan-akan akhlak yang luhur dan mulia itu sekadar menjauhi perkara-perkara haram itu. Sedang akhlak luhur seperti kesungguhan, kesiapsiagaan, disiplin, tolong-menolong dan lain-lain tidak bermakna apa-apa. Kenapa?"

Majid Ersan Al-Kailani dalam bukunya Mendidik Peribadi Muslim (1997) mentakrifkan 'amalan soleh' sebagai:

"Amalan soleh bukan sahaja terbatas kepada berbuat kebajikan dan memberi manfaat; akan tetapi ia juga menolak hal yang buruk dan mengatasi bahaya. Amalan soleh, dengan demikin, terbahagi kepada dua, iaitu amalan dengan tujuan memberi manfaat kepada umat manusia dan di redhai Allah s.w.t., dan amalan dengan tujuan mengenepikan bahaya daripada umat manusia dan kemurkaan Allah s.w.t. Manusia yang melaksanakan dua bahagian amalan soleh ini disebut sebagai orang soleh dan muslih (baik sekaligus memperbaiki), manakala orang yang hanya mengerjakan bahagian pertama disebut sebagai orang soleh sahaja."
Cabaran kerja kini memerlukan setiap penjawat awam memperlengkapkan diri masing-masing bukan sahaja dalam aspek-aspek profesionalisme tetapi juga dalam aspek-aspek pengurusan yang bekesan, kemahiran interpersonal, pengurusan konflik dan 'stress' dalam kerjaya dan kehidupam sosial dan peribadi, yang boleh membantu kita selaku penolong kanan yang mempunyai ciri-ciri integriti, watak dan jatidiri yang dapat menjadi role-model dan sumber inspirasi kepada seluruh warga organisasi di mana kita bertugas.

Penutup
Begitu besar dan beratnya amanah dan tanggungjawab yang kita pikul selaku Penolong Kanan Hal Ehwal Murid di sekolah hendaklah benar-benar diinsafi. Saiz sekolah bukan jadi ukuran; tidak juga dijadikan alasan untuk tidak menyempurnakan amanah, tanggungjawab atau pun tugasan. Betapa kecil sekolah yang kita tadbirkan atau betapa sekali pun keadaan rupa fizikal sekolah kita, tidak patut sama sekali kita meremehkan bidang tugas dan tanggungjawab hakiki kita. Apa yang perlu kini ialah kita mengubah paradigma dan pemikiran, menambah ilmu pengetahuan dan paling penting mengamalkan apa yang kita sudah pelajari dan buktikannya melalui kerja-buat kita setiap waktu dan ketika.
Tak tahu dan tak pandai hendak melakukan sesuatu boleh dipelajari, tetapi jika sudah tahu dan sudah pandai tapi tak mahu buat kerja amatlah malang sekali. Ringkasnya sekadar tahun dan 'mengaku pandai' tidak ada gunanya; yang penting apa yang dibuat dan apa yang diurus, dan apa yang telah kita buktikan melalui kerja-kerja kita selama ini. Bruce Lee seorang aktor kung fu terkenal pernah disebut sebagai berkata: "Knowing is not enough, you must apply. Willing is not enough, you must do".
Buatlah refleksi diri masing-masing agar segala kelemahan dan ketidakketrampilan kita sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dapat diatasi dan perbaiki ke tahap yang paling tinggi. Sepatutnya tidak wujud lagi ulasan dan teguran daripada 'stakeholders' kita berhubung dengan pengurusan hal ehwal murid yang sering dilaporkan tidak cekap, tidak berkesan, lewat malah terus tidak diambil tindakan sewajarnya walaupun perkara-perkara tersebut berulang kali diutarakan di dalam setiap taklimat, bengkel atau mesyuarat yang dikelolakan sama ada oleh Jabatan Pendidikan Pahang atau pun Pejabat Pendidikan Daerah sendiri.ٱ


Rujukan

_____________ Buku Panduan Pengurusan Profesional Sekolah Rendah (1991). Jemaah Nazir Sekolah Persekutuan, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur.
Hassan Langgulung (1991) Falsafah Pendidikan Di Malaysia: Suatu Analisis Permulaan; dalam Reformasi Pendidikan Di Malaysia, Mohd Idris Jauzi (editor), Nurin Enterprise, Kuala Lumpur.
Hussein Mahmood (1993) Kepemimpinan dan Keberkesanan Sekolah. Dewan Bahasa Pustaka, Kuala Lumpur.
Majid Ersan Al-Kailani (1997) Mendidik Peribadi Muslim. Berita Publishing Sd. Bhd., Kuala Lumpur.
Mohd. Kamal Hassan (1988) Pendidikan dan Pembangunan: Satu Perspektif Bersepadu. Nurin Enterprise, Kuala Lumpur.
Ramaiah, AL. (1992) Kepimpinan Pendidikan: Cabaran Dan Masa Kini. IBS Buku Sdn. Bhd. Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
Wan Mohd Zahid Mohd Noordin (1994) Pentadbiran Pendidikan. Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.

______________________________________________________________________
( * Ceramah dalam Program In-House Sekolah-Sekolah Kelompok Daerah bertempat di Pejabat Pendidikan Daerah Maran pada 14 Mac 2000)

Peranan Guru Besar dan Penolong Kanan Dalam Meningkatkan Kualiti Staf

Pendahuluan

Senario pendidikan negara hari ini harus dapat dilihat secara menyeluruh dalam konteks merealisasikan Falsafah Pendidikan Negara dan Wawasan Pendidikan supaya rakyat dan negara tidak terpinggir dalam arus globalisasi dan ledakan teknologi maklumat yang begitu pantas berkembang.

Segala perubahan yang sentiasa berlaku khususnya dalam pendidikan negara kita memerlukan para Guru Besar dan Penolong Kanan sama-sama bersedia untuk berubah, bersedia untuk menerima cabaran-cabaran baru di peringkat akar umbi iaitu sekolah agar kualiti dan kecemerlangan pendidikan yang menyeluruh dapat dicapai dengan berkesan.

Kecemerlangan perlukan reformasi di peringkat sekolah terutama menumpukan kepada faktor-faktor dalam sekolah itu sendiri yang merangkumi dasar sekolah, amalan-amalan, tanggapan, sikap dan motivasi staf, matlamat dan kesetiaan serta pencapaian organisasi.

Reformasi perlukan penglibatan total seluruh staf yakni bukannya bersifat individualistik atau melibatkan sekumpulan guru sahaja. Jika tidak kemajuan adalah sedikit sahaja dan tidak berjaya dari segi 'school wide improvement.'

Perubahan ke arah peningkatan kualiti staf dan organisasi perlukan kefahaman dan kesediaan pihak-pihak berikut;

1. Pengurusan atasan (pemimpin)
2. Seluruh kakitangan/Staf (Total Involvement)
3. Pasukan-pasukan kerja.

QC (Quaity Control) mula-mula dilaksanakan dalam tahun 1920 di Amerika Syarikat sebagai satu alat statistik dalam usaha penambahbaikan pengeluaran industri pada waktu itu. Jepun kemudiannya menggunakannya di dalam semua operasi sesebuah organisasi sebagai kawalan kualiti yang dikenali kemudiannya sebagai Total Qualty Control (TQC).

A.V. Feigenbaum (1920 - ) orang yang memperkenalkan TQC mendefinisikan TQC sebagai;
"Total quality control is an effective system for integrating
the quality-development, quality-maintenance, and quality
-improvement efforts of the various groups in an organization
so as to enable production and service at the most economical
levels which allow for full customer satisfaction."

Sheh Seow Wah dalam Chinese Management (1995) menyenaraikan tujuh ciri yang digelarnya sebagai 'kesakitan-kesakitan menular' di dalam organisasi:

1. Kurangnya sistem operasi dan mekanisme kawalan.
2. Struktur aktiviti yang rendah.
3. Stail Kepemimpinan.
4. Ketrampilan dan kemahiran pengurusan.
5. Kurangnya Arahtuju.
6. Ketidakberkesanan Mesyuarat.
7. Cakap Sahaja Tiada Tindakan.

Situasi ini akhirnya mewujudkan semangat bekerja yang rendah di kalangan staf ditambah pula suasana kerja yang pasif dan tahap motivasi yang juga rendah. Keadaan ini seterusnya timbul budaya kerja yang jadi faktor penghalang kepada penyuburan, kemajuan dan perkembangan organisasi.

Hubungan Individu dengan Organisasi

Setiap individu adalah anggota organisasi. Tingkah-laku individu merupakan tingkah-laku organisasi. Jika setiap individu di dalam sesuatu kumpulan bekerja dengan baik maka prestasi kumpulan itu menjadi baik. Jika setiap kumpulan dalam bahagian/unit dapat bekerja dengan baik, seluruh prestasi bahagian/unit itu juga akan jadi baik. Begitulah seterusnya jika setiap bahagian/unit dalam sesuatu organisasi bekerja dengan baik, nescaya organisasi akan mencapai kecemerlangan, menjadi lebih kompetetif dan makmur. Para pengurus mestilah dapat menentukan arahtuju dan dengan itu dapat menukar dan membentuk tingkahlaku staf ke arah yang lebih berkualiti dan cemerlang.

Dalam situasi di mana tiadanya objektif dan arahtju serta tiada pula pelan tindakan organisasi itu menuju kehancuran. Bagi yang ada objektif tetapi tiada pelan bertindak ia seolah-olah bermimpi di siang hari. Begitu juga halnya jika organisasi mempunyai pelan bertindak yang baik tetapi kurang pula aspek objektif dan arahtuju yang jelas, organisiasi sedemikian dikatakan berjalan dalam tidur.

Mod Tingkah-laku : Pengurus personel perlu sediakan role-model dalam interaksi harian dengan manusia, respon kepada peristiwa dan membuat keputusan. Nilai dan norma haruslah serasi dengan perkembangan polisi dan prosedur yang diperkenalkan. Mengubah tingkah-laku selalunya sukar dan menyulitkan Perubahan tingkah-laku hanya boleh berlaku apabila manusia mempunyai pengetahuan dan kebolehan menterjemah nilai-nilai dan norma-norma baru di samping boleh menerimanya. Jika pekerja tidak mempercayai kepentingan nilai-nilai dan norma-nroma tersebut, mereka tidak akan mengamalnya. Oleh itu mengubah tingkah-laku individu, kumpulan dan organisasi lazimnya memakan masa, dari tahap ke tahap serta secara beransur-ansur.

Menurut Sergiovanni (1984) Guru Besar mestilah memainkan peranan pemimpin yang berketrampilan (competent leader). Beliau senaraikan lima kelompok peranan tersebut sebagai berikut:

1. Pemimpin Teknikal:
- Tumpukan kepada teknik pengurusan yang cekap dan mahir memanipulasi strategi dan
keadaan bagi jamin keberkesanan yang maksimum.

2. Pemimpin Manusia:
- mahir dan cekap dalam aspek perhubungan manusia, perhubungan individu dan
manusia menggerakkan (motivate) stafnya, membina dan mengekalkan moral
yang tinggi, galakkan inovasi dan kreativiti di samping beri sokongan yang perlu.

3. Pemimin Pendidikan:
- main peranan sebagai 'clinical practitioner' iaitu sumbangkan kepakaran dalam
pendidikan dan persekolahan. Mahir dalam aspek kurikulum, diagnosis keperluan
pelajar, penilaian dan penyeliaan atau pencerapan yang berkesan.

4. Pemimpin Simbolik:
- mainkan peranan sebagai penghulu (chief) yang memberi isyarat tentang nilai,
kepentingan atau tujuan sesuatu yang hendak dicapai. Perlu punyai wawasan yang
disampaikan kepada staf dan pelajar di sekolahnya.

5. Pemimpin Budaya:
- main peranan sebagai 'high priest' - dilihat dari usaha-usahanya mencari, mentafsir
dan memperkukuhkan nilai, kepercayaan dan unsur budaya yang dapat menjadikan
sebuah sekolah yang unik. Kepemimpinan ini selalunya memperlihatkan usaha bagi
mengekal imej dan prestij sekolah.

Hussein Mahmood (1993) menyenaraikan peranan-peranan berikut sebagai menyumbang kepada kejayaan, kecemerlangan dan kualiti sekolah.

1. mempunyai wawasan tentang sekolahnya;
2. menetapkan falsafah, misi (mission) dan matlamat serta objektif sekolahnya;
3. menjelaskan wawasannya kepada semua staf dan pelajar termasuk ibu bapa dan
masyarakat sekitar;
4. menetapkan objektif dan strategi pengajaran dan kurikulum;
5. menyelia, mengesan dan menilai kurikulum dan program pengajaran;
6. menyelaras program pengajaran dan aktiviti kurikulum sekolah;
7. mengawasi waktu pembelajaran murid;
8. menggalak dan memberikan sokongan perkembangan profesional kepada guru;
9. membantu dan memberi sokongan kepada guru dalam pengajaran serta menyediakan
intensif dan sumber;
10.mengawal mutu pengajaran di sekolah; dan
11.mewujudkan iklim sekolah yang kondusif bagi meningkatkan proses pembelajaran

Membina Hubungan Interpersonal/ Organisasional

Mewujudkan hubungan interpersonal dalam sesebuah organisasi amat penting dilakukan secara profesional bagi menentukan kejayaan objektif yang telah ditentukan. Satu situasi hubungan yang dinamakan Menang/Menang (Win/Win) harus dapat diwujudkan dan ini sekaligus melibatkan prinsip-prinsip kepemimpinan interpersonal.

Kepemimpinan interpersonal yang berkesan perlukan:

1. Visi
2. Inisiatif proaktif
3. Bimbingan
4. Kebijaksanaan dan Hikmah
5. Kuasa

Situasi menang/menang mempunyai lima dimensi yang penting;

1. Watak
2. Hubungan
3. Persetujuan
4. Sistem sokongan
5. Proses

1. Watak : Asas kepada menang/menang dan terdiri daripada tiga ciri penting iaitu:

a. INTEGRITI - nilai kepada diri sendiri
- bina sedar-diri dan kebebasan memilih dan bertindak
dengan menunaikan janji dan komitmen.

b. KEMATANGAN - ditakrifkan sebagai imbangan antara keberanian dengan
pertimbangan.
- tinggi keberanian dan pertimbangan adalah perlu untuk capai situasi
menang/menang.

c. ABUNDANCE MENTALITY - satu paradigma bahawa terdapat banyak ruang dan
peluang bagi semua orang.
- hasilnya berkongsi prtestasi, pengiktirafan, keuntungan, membuat
keputusan dan sebagainya.
2. Hubungan : Terbina selepas asas kepada watak dan kepercayaan.
walaupun kita melihat sesutau berbeza tetapi oleh kerana kita mempercayai
satu sama lain, kita sedia mendengar dan komited bagi memahami
pandangan masing-masing dan kerana itu sedia untuk bekerjasama.
3. Persetujuan : Terdapat lima unsur bagi wujudkan persetujuan menang/menang.

(a) Hasil yang dikehendaki (bukan kaedah) iaitu kenalpasti apa perlu dilakukan dan bila.
(b) Bimbingan; perincikan batasan-batasan )(prinsip dan polisi) di mana hasil perlu
disempurnakan.
(c) Sumber; kenalpasti bantuan dari segi kemanusiaan, kewangan, teknikal atau
organisasional bagi membantu mencapai hasil.
(d) Akauntabiliti; tetapkan standard prestasi dan waktu penilaian akan dibuat.
(e) Kesan-Akibat; perincikan antara baik dan buruk; natural atau logikal; apa akan
berlaku sebagai kesan daripada penilaian tersebut.

4. Sistem Sokongan:

- Bagi mencapai matlamat dan nilai, kita perlu selaraskan sistem ganjaran dengan
matlamat dan nilai-nilai tersebut.
- Libatkan staf di peringkat akar umbi untk membina dan memupuk jenis-jenis sistem
yang boleh memotivasi mereka.
- Untuk kejayaan menang/menang, sistem-sistem yang perlu ada:
- sistem latihan
- sistem perancangan
- sistem komunikasi
- sistem belanjawan
- sistem informasi
- sistem ganjaran
- Lazimnya sering berlaku masalah di dalam sistem, bukan orangnya. Jika kita
letak orang yang baik di dalam sistem yang buruk, kita akan mendapat hasil
yang buruk!

5. Proses: Proses dilihat sebagai satu cara bagaimana mencapai situasi menang/menang.
Unsur kepada rundingan berprinsip ialah dengan mengasingkan orang daripada masalah,
tumpuan kepada kepentingan bukan kepada kedudukan, mencipta pilihan berfaedah
bagi kedua-dua belah pihak di samping menekankan kepentingan objektif.

Oleh itu penyelesaian menang/menang patut melibatkan proses berikut:

1. Lihat masalah daripada sudut pandangan yang lain. Benar-benar cuba memahami dan
beri pendapat kepada keperluan pihak yang satu lagi.
2.Kenalpasti isu-isu kunci dan perkara-perkara yang berkenaan dan bukan kepada
kedudukan.
3.Tentukan apa hasil yang diperolehi dalam sesuatu penyelesaian yang diterima
sepenuhnya.
4.Kenalpasti pilihan-pilihan baru yang boleh mencapai hasil-hasil tersebut.

Penutup

Adalah jelas betapa pentingnya hubungan tugas dan peranan di antara individu dengan organisasi bagi menentukan kualiti dan kecemerlangan secara menyeluruh. Individu dan organisasi perlu mempunyai disiplin yang utuh bagi menempa kejayaan.

"Organization and discipline can give strength to the weak and small.
The role of organization and discipline is not confined to the military
forces and to war, though in these areas they play a most vital role.
In other fields too organization and discipline are important in ensuring
success."
~ (Mahathir Mohamad - The Challenge, 1986)

Oleh itu mengejar kualiti dan kecemerlangan organisasi adalah bermula dengan kualiti diri setiap individu sesebuah organisasi dan sewajarnyalah kita sebagai guru besar dan penolong kanan dapat memainkan peranan yang positif secara lebih dinamik dan dengan penuh semangat jaya diri yang unggul dan tinggi setiap waktu.

Knowing others is intelligence;
knowing yourself is true wisdom.
Mastering others is strength;
mastering yourself is true power.

If you realize that you have enough,
you are truly rich...

- Taoism




Rujukan

Bremer, Sydney Newton. Ph.D (1989) 366 Self-Motivating Essays For Students & Adults. Thinker's Library Sdn. Bhd. Selangor D.E.

Brinkman, Rick and Krischner, Rick (1994) Dealing With People You Can't Stand. Mc Graw-Hill, Inc. New York.

Covey, Stephen R. (1989) The Seven Habits Of Highly Effective People. Simon & Schuster, New York.

Covey, Stephen R. & Merill, A. Roger & Merill, Rebecca R. (1994) First Things First. Simon & Schuster, New York.

Hussein Mahmood (1993) Kepemimpinan dan Keberkesanan Sekolah. Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Mahathir Mohamad (1986) The Challenge. Pelanduk Publications (M) Sdn. Bhd. Petaling Jaya, Selangor D.E.

Mizuno, Shigeru (1988) Company-Wide Total Quality Control. Asian Productivity Organization, Tokyo.

Novak, Philip 91994) The World's Wisdom. Harper Collins Publishers, New York.

Sheh Seow Wah (1995) Chinese Management. MPH Distributors Sdn. Bhd. Petaling Jaya, Selangor D.E.

______________________________________________________________________
(* Ceramah disampaikan sewaktu Kursus Pengurusan Pendidikan Sekolah Rendah bagi Guru Besar dan
Penolong Kanan (Kurikulum) Daerah Temerloh, bertempat di Institut Latihan Risda Kg. Awah,

TUGAS-TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB GURU KELAS

A. Buku Daftar Kedatangan

1. Melengkapkan Buku Jadual Kedatangan :(a) No pendaftaran (b) Nama penuh murid (c) Bangsa (d) Tarikh masuk kelas (e) No. Sijil beranak (f) tarikh lahir (g) Tempat lahir (h) Agama (I) Nama ibubapa (j) Pekerjaan bapa/penjaga (k) Alamat penuh (l) No. telefon rumah/pejabat (m) Layak/tidak layak SPBT
2. Menanda kehadiran harian murid
3. Merumus keselurhan kehadiran pada setiap hujung bulan pesrekolahan
4. Mencatat perpindahan atau kemasukan baru murid dari masa ke semasa
5. Menghubungi ibu bapa/penjaga sekiranya murid ponteng berturut-turut selama tiga hari
6. Menghubungi ibubapa/penjaga untuk pengesahan peribadi daripada doktor bagi murid yang tidak dapat hadir

B. Pengurusan Wang Rampai/Yuran Khas

1. Mengutip wang rampai/yuran khas untuk tujuan sesuatu hal khususnya seperti UPSR, derma jogaton, derma kilat seperti untuk badan-badan amal dari masa ke semasa
2. Merekod semua wang kutipan sebelum diserahkan kepada Pembantu Takbir
3. Mengendalikan pesanan buku teks atau buku kerja bagi pihak murid.

C. Perkara-Perkara Akademik

1. Merekodkan keputusan setiap keputusan ujian di dalam Buku Rekod Persediaan Mengajar.
2. Mengisi markah peperiksaan/ujian semesta dalam Borang Markah Besar.
3. Mengemaskinikan Buku Penilaian Kemajuan Murid Berasaskan Sekolah (PKBS)
4. Memastikan papan kenyataan di adalam kelas dimanafaatkan dengan sepenuhnya seperti mempamerkan jadual waktu, peraturan-peraturan sekolah, notis Guru Besar, jadual kegiatan KK, rooster tugas murid, dsb.
5. Mengawasi kekemasan, kebersihan dan keselesaan di adalam kelas untuk P & P

D. bantuan Kewangan Dan Biasiswa

1. Mengenalpasti murid yang memerlukan bantuan Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP), Biasiswa Yayasan Sarawak(BYS) atau mana-mana pertubuhan lain
2. Memaklumkan kepada Penolong kanan (HEM) murid yang memerlukan bantuan pakaian seragam, kasut atau beg anjuran Jabatan Pendidikan.
3. Mengenalpasti murid yang layak atau tidak layak diberi pinjaman buku teks anjuran Jabatan Pendidikan di bawah Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT)

E Mengendalikan tugas-Tugas Lain

1. Mengenalpasti dan melantik Ketua kelas/Pembantunya pada permulaan penggal.
2. Mengenalpasti murid-murid yang memerlukan khidmat bimbingan dan kauseling
3. Mengenalpasti murid yang ada masalah kesihatan, ekonomi, rumah tangga, yatim piatu, emosi dan mental
4. Melaksanakan tugas seprti yang diarahkan oleh JP/GB/PK/PP dari masa kesemasa.

TUGAS-TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB KETUA PANITIA MATA PELAJARAN

1. Menetukan penggunaan Sukatan Pelajaran yang kemaskini.

2. Menentukan penggunaan alat bantu mengajar dan kaedah-kaedah pengajaran / pembelajaran yang kemaskini

3. Bertanggungjawab menyediakan rancangan pelajaran mingguan, bulanan dan penggal

4. Menyalaras penyediaan soalan-soalan peperiksaan dalaman dan peperiksaan kertas-kertas jawapan

5. Menganalisa keptusan peperiksaan bagi mata pelajaran berkenaan dan mengakaji serta mencari jalan untuk memajukan taraf pencapaian dari masa ke semasa seprti mengadakan:

a. Kelas tambahan
b. Ceramah menjawab soalan-soalan
c. Peraduan-peraduan tertentu
d. Kuiz
e. Bahas

6. Menentukan jenis-jenis buku yang perlu ada di sekolhah untuk perpustakaan atau rujukan guru.
7. Memberi kerjasama kepada Jawatankuasa SPBT untuk menjaga keselamatan buku-buku teks yang digunakan
8. Bertanggungjawab menyediakan bahan-bahan atau alat-alat untuk pameran, jika diperlukan

9. Menkaji dan menentukan jenis buku latihan kerja bagi tiap-tiap kelas, jika diperlukan

10. Mengadakan tindakl balas kepada sertiap perubahan baru yang diperlukan seperti sukatan pelajaran baru, pengkaedahan pengajaran dan pembelajaran baru, jika ada

11. Membuat anggaran-anggaran perbelanjaan tahunan untuk persertujuan pihak sekolah

12. Bersama-sama memikul tanggungjawab mengekal dan meninggikan prestasi murid-murid.

13. Melaksanakan peraturan-peraturan panitianya.

14. Mengadakan mesyuarat panel sekurang-kurangnya sepnggal sekali atau lebih kerap lagi, jika perlu

15. Menjalankan semua arahan yang diberikan dari semasa ke semasa.

TUGAS-TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENOLONG KANAN KOKURIKULUM

1. PENGURUSAN KURIKULUM:
1.1 Merancang pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran yang diajarnya.
1.2 Melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan sebagai contoh dengan kemahiran yang ada padanya.
1.3 Menggunakan ABM dengan cara yang betul dan bersistematik.
1.4 Menentukan pelaksanaan pengajaran pendidikan jasmani dan kesihatan dengan lancar.
1.5 Merancang program unjuran keluar bilik darjah.
2. KURIKULUM (SUKAN, PERMAINAN, PASUKAN BERUNIFOM, PERSATUAN DAN KELAB):
2.1 Merancang takwim kegiatan setiap bidang.
2.2 Mengurus pemilihan peserta kumpulan elit sekolah.
2.3 Menyelaras dan menyelia pelaksanaan program dan aktiviti.
2.4 Mengawal dan menilai setiap kegiatan mencapai matlamatnya.
2.5 Menyesuaikan program yang dirancang mengikut kesesuaian pelajar.
3. PENGURUSAN:
3.1 Mengurus dan menyelaras kegiatan setiap bidang ko-kurikulum.
3.2 Menyediakan anggaran belanjawan pengurusan ko-kurikulum.
3.3 Menentukan langkah keselamatan dalam setiap aktiviti ko-kurikulum telah diambil penjelasan.
3.4 Membantu dan mengurus segala penerbitan sekolah.
3.5 Menyelaras hari perayaan dan upacara sekolah.
3.6 Menyelaras pembahagian murid dalam kumpulan/rumah dan meningkatkan pencapaian prestasi aktiviti setiap rumah.
3.7 Mengurus dan menyelia peralatan dan kemudahan ko-kurikulum.
3.8 Memastikan rekod-rekod dan data koko disenggarakan dengan baik.
3.9 Mengenalpasti guru/murid yang berpotensi untuk maju dengan mengadakan program khas untuk mereka.
4. PEMBANGUNAN DIRI STAF:
4.1 Bertindak sebagai pegawai perkembangan sekolah.
4.2 Menganggotai JK Kurikulum/ko-kurikulum yang dibentuk oleh pihak sekolah bagi kemudahan pelajar.
4.3 Bertindak sebagai setiausaha perayaan di peringkat sekolah.
4.4 Menyelaras kurikulum/ko-kurikulum bersepadu.
5. PEMBANGUNAN DIRI PELAJAR:
5.1 Menyertai kursus ko-kurikulum.
5.2 Menyertai kempen/perkhemahan tahunan yang diadakan oleh badan luar.
5.3 Menjadi jurulatih dalam bidang-bidang bertentu.
6. SUKAN DAN PERMAINAN:
6.1 Membantu merancang, melaksana dan menyelia kegiatan sukan/permainan di semua peringkat.
6.2 Merancang takwim sukan dan permainan sekolah.

7. KELAB/PERSATUAN:
7.1 Menyelaras dan menyelia aktiviti-aktiviti persatuan dan kelab yang bercorak akademik.
8. PASUKAN PAKAIAN SERAGAM:
8.1 Merancang strategi penglibatan murid dalam kegiatan pasukan pakaian seragam.
8.2 Menyelaras pelaksanaan kegiatan pasukan pakaian seragam sekolah.
9. SETIAUSAHA SUKAN SEKOLAH:
9.1 Merancang kegiatan sukan untuk dua tahun ke hadapan.
9.2 Menjaga dan membina kemudahan / kelengkapan peralatan sukan, mengadakan stor, buku stok, menyimpan rekod kejohanan dan piala pusingan.
9.3 Mengadakan tabung sukan, kutipan yuran sukan sekolah, MSS serta menentukan anggaran perbelanjaan bagi tiap-tiap sesi persekolahan.
9.4 Kegiatan tabung anugerah MSSM dari Tahun 1 serta kutipan yang diarahkan oleh jabatan atau kementerian.
9.5 Menyertai pertandingan MSS daerah atau negeri.
9.6 Mengadakan jadual latihan sukan / olahraga/ permainan untuk murid sekolah.
9.7 Menjalankan tugas lain yang berkaitan dengan sukan sekolah/ MSSD/ MSST/ MSSM.
Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar dari semasa ke semasa.
1. PENGURUSAN KURIKULUM
1.1 Merancang pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran yang diajarnya.
1.2 Melaksanakan pengajaran- pembelajaran yang berkesan sebagai contoh dengan kemahiran yang ada padanya.
1.3 Menggunakan ABM dengan betul dan sistematik.
1.4 Menentukan pelaksanaan mata pelajaran Pendidikan Jasmani berjalan lancar.
1.5 Merancang program aunjuran keluar bilik darjah.
2. KO-KURIKULUM : SUKAN, PERMAINAN, UNIT BERUNIFORM, PERSATUAN & KELAB.
2.1 Merancang takwim permainan setiap bidang.
2.2 Memilih kumpulan peserta elit sekolah.
2.3 Menyelaras dan menyelia pelaksanaan program dan aktiviti.
2.4 Mengawal dan menilai setiap kegiatan mencapai matlamatnya.
2.5 Menyesuaikan program yang dirancang mengikut kesesuaian murid.
4. PENGURUSAN
3.1 Mengurus dan menyelaras kegiatan setiap bidang ko-kurikulum.
3.2 Menyediakan anggaran belanjawan pengurusan ko-kurikulum sekolah.
3.3 Menentukan langkah keselamatan setiap aktiviti ko-kurikulum yang dirancang telah diambil.
3.4 Membantu dan menguruskan segala penerbitan sekolah.
3.5 Menyelaras Hari Ucapan dan Perayaan sekolah.
3.6 Menyelaras pembahagian murid dalam rumah dan meningkatkan pencapaian prestasi rumah.
3.7 Mengurus dan menyelia setiap peralatan ko-kurikulum.
3.8 Memastikan rekod-rekod dan data ko-kurikulum diselenggara dengan baik.
3.9 Mengenalpasti guru/murid berpotensi untuk maju - mengadakan program khas untuk mereka.
6. PEMBANGUNAN DIRI MURID
4.1 Bertindak sebagai pegawai perkembangan sekolah.
4.2 Menganggotai Jawatankuasa Ko-kurikulum / Kurikulum yang dibentuk oleh sekolah bagi kemudahan murid.
4.3 Bertindak sebagai setiausaha perayaan di peringkat sekolah.
4.4 Menyelaras Kurikulum / Ko-kurikulum bersepadu.
8. PERKEMBANGAN KENDIRI (PERSONEL SYNERGY)
5.1 Menyertai kursus ko-kurikulum.
5.2 Menyertai kempen / perkhemahan tahunan yang diadakan oleh badan luar.
5.3 Menjadi jurulatih dalam bidang-bidang tertentu.

TUGAS-TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID

A. Mengajar

1. Memahami, menghayati dan mengamalkan kehendak dan tututan Sukatan Pelajaran
2. Mengendalikan pengajaran dan pembelajaran (P&P) dengan berkesan
3. Membimbing murid memperolehi ilmu, kemahiran dan mengamalkan sikap positif
4. Membuat penilaian dan mengambil tindakan susulan

B. Membantu Guru Besar dalam Pengurusan Kebajikan Dan Disiplin Pelajar

1. Menyediakan khidmat bimbingan dan kauseling murid
2. Mengawal keselamatan, kebajikan dan kesihatan murid
3. Mengurus bentuk bantuan kebajikan murid seperti:

 Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT)
 Pelbagai Biasiswa
 Bantuan Khas Pakaian Seragam/kasut/beg tajaan Kementerian Pendidikan
 Bantuan cermin mata tajaan Kementerian Pendidikan atau Persatuan Orang Buta
 Lain-lain bantuan khas bagi murid-murid miskin

4. Mengurus dan mengemaskinikan pelbagai rekod kebajikan murid
5. Membantu menguatkuasakan peraturan-peraturan sekolah
6. Mengendalikan kes-kes disiplin murid
7. Mengurus hal-hal makanan, minuman dan kebersihan kantin sekolah
8. Menguruskan hal-hal Projek susu.

C. Membantu Guru Besar dalam Pengurusan Kemasukan dan Pendaftaran Pelajar

1. Mengendalikan pendaftaran murid-murid Tahun Satu
2. Menempatkan pelajar yang baru berpindah dari sekolah lain
3. Menguruskan perpindahan murid

D. Membantu Guru Besar dalam Perhubungan Awam

1. Mewujudkan hubungan harmonis dengan masyarakat umum
2. Mempergiatkan kegiatan-kegiatan Persatuan Ibubapa Dan Guru (PIBG)
3. Menjalainkan hubungan mesra dengan ahli-ahli staf kedua sesi pagi dan petang

E. Membantu Guru |Besar dalam Tugas Tugas Lain

1. Menguruskan hal Ehwal murid/kebajikan murid
2. Menyelia kemudahan rawatan murid
3. Menyediakan peralatan teknologi pendidikan
4. Menentukan bahan Pusat Sumber dan Bacaan murid
5. Mengganggotai jawatankuasa perbadanan dalam sekolah
6. Mewakili Guru Besar menghadiri mesyuarat, taklimat dan majlis rasmi
7. Melaksanakan arahan-arahan dan tugasan-tugasan lain yang diberikan oleh Guru Besar dan Kementerian Pendidikan dari masa kesemasa.

TUGAS-TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENOLONG KANAN 1

A. Mengajar

1. Memahami, menghayati dan mengamalkan kehendak dan tuntutan Sukatan Pelajaran
2. Mengendalikan pengajaran dan pembelajaran (P&P) dengan berkesan
3. Membimbing pelajar memeprolehi ilmu, kemahiran dan mengamalkan sikap positif.
4. Membuat penilaian dan mengambil tindakan susulan.

B. Membantu Guru Besar Dalam Pengurusan Kurikulum

1. Membantu Guru Besar dalam pengagihan tugas-tugas akademik kerpada staf
2. Menyelaras pengendalian mesyuarat panitia mata pelajaran
3. Menyelia dan megemaskinikanjadual waktu tahunan.
4. Menyelia dan mengemaskinikan jadual waktu “ sit –in “
5. Memabntu Guru Besar menyemak dan menandatangani Buku Rekod Persediaan mengajar.
6. Membantu Guru Besar mengurus hal-hal peperiksaan dalaman, UPSR dan kelompok
7. Membantu Guru Besar merancang p[rogram sokongan akademik
8. Berinteraksi dengan Penyelia Petang dalam hal-hal akademik dan bukan akademik

C. Membantu Guru |Besar dalam Urusan Pentadbiran Harian.

1. Menyemak kehadiran staf
2. Mengurus data dan maklumat
3. Mengawal disiplin pelajar
4. Mewakili Guru Besar menghadiri taklimat?majlis rasmi

D. Membantu Guru Besar dalam Pengurusan Staf

1. Menyelia kerja-kerja staf
2. Melaksanakan pembangunann staf
3. Menilai prestasi sasaran kerja tahunan staf

E Membantu Guru Besar Dalam Pengusan Kemudahan Dan Sumber

1. Menentukan bekalan kemudahan asas mencukupi
2. Mengoptimumkan penggunaan segala kemudahan dan kelengkapan sedia ada
3. Menyelenggara kemudahan dan kelengkapan

F Membantu Guru Besar Dalam Tugas-Tugas Lain

1. Membimbing guru-guru baru/pelatih/sandaran dalam mengendalikan tugas-tugas mereka
2. Menyelia kegiatan-kegiatan bimbingan dan kelas-kelas pemulihan
3. Membantu dalam perancangan takwim akademik tahunan sekolah
4. Membantu menyediakan anggaran belanjawan tahunan sekolah
5. Mengurus hal-hal bangunan, keceriaan, keselamatan dan ketenteraman sekolah
Melaksanakan arahan-arahan atau tugasan-tugasan lain seperti yang diberikan oleh pihak Kementerian Pendidikan atau pihak atasan

TUGAS-TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB GURU BESAR

A. Pengurusan Kurikulum Dan Ko Kurikulum

1. Mengagihkan tugas-tugas akademik dan bukan akademik kepada staf.
2. Mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum atau Panitia Mata Pelajaran
3. Merancang Jadual Waktu.
4. Menyediakan takwim akademik sekolah
5. Menyelia pengajaran dan pembelajaran (P & P)
6. Menyemak buku rancangan pelajaran
7. Menyediakan panduan dan perincian tugas-tugas kepada staf
8. Merancang program sokongan akademik
9. Merancang pelbagai kegiatan berkaitan dengan kurikulum
10. Menyenaraiutamakan pelbagai kegiatan berkaitan dengan kokurikulum
11. Menetapkan sasaran akademik untuk tahun semasa.

B. Pengurusan Kewangan, Kemudahan dan Sumber

1. Mengenalpasti keperluan-keperluan sekolah.
2. Memastikan stok sentiasa kemaskini
3. Mengoptimumkan penggunaan segala kemudahan yang ada
4. Memastikan kemudahan dan kelengkapan diselenggarakan dengan baik

C. Pengurusan Tenaga Pengajar Dan Kakitangan

1. Mengubal Carta Organisasi Sekolah
2. Menetapkan tugas-tugas staf
3. Menwujudkan budaya dan etika kerja yang cemerlang
4. Menyelia kemajuan dan prestasi staf
5. Merancang dan melaksanakan program pembangunan staf

D. Pengurusan Kebajikan Pelajar

1. Menyediakan kemudahan asas akademik dan bukan akademik
2. Menjaga keselamatan dan kesihatan pelajar
3. Mewujudkan perkhidmatan bimbingan dan kauseling
4. Menggunkan pelbagai bentuk bantuan kepada pelajar
5. Meningkatkan disiplin dan sahsiah pelajar

E. Pengurusan Perhubungan Dalaman Dan Luaran

1. Mewujudkan hubungan harmonis di antara pihak sekolah dengan masyarakat umum
2. Menubuh dan mempergiatkan aktiviti-aktiviti Persatuan Ibubapa Dan Guru (PIBG)
3. Menjalinkan perhubungan yang bermakna di antara sekolah dengan pelbagai institusi Kementerian Pendidikan atau agensi-agensi luar