Showing posts with label Motivasi. Show all posts
Showing posts with label Motivasi. Show all posts

Monday, February 15, 2010

Sesi Pengambaran dan Taklimat Pendaftaran Ke Tingkatan 1 2009


Manusia tidak merancang untuk gagal, mereka gagal untuk merancang. ~ William J. Siegel

Mungkin diam itu suatu jawapan yang baik atau mungkin pula teguran dan nasihat yang baik.

Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan.
Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi.
Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan.
Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan.
Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan.
Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan.
Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati.
Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti.
Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan.
Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga.

RAHSIA PEMAKANAN GENIUS-GENIUS ISLAM

"Pemimpin yang baik akan memikul kesalahan & tidak mengejar nama"

"Lelaki berani mungkin akan kalah tetapi tidak akan mengalah"


Formula pemakanan genius-genius Islam silam yang menjadi rahsia keajaiban daya intelek mereka. Formula ini terpendam di dalam kitab-kitab tradisional dalam bahasa Arab. Tersembunyi dari pengetahuan orang Arab dan umat Islam sendiri. Namun akhir-akhir ini ada usaha-usaha untuk mengetengahkan kembali kepada umum. Sekarang semacam ada kecenderungan di kalangan ilmuan Islam dan bukan Islam untuk mengkaji dan menguji keabsahan formula ini. Ini didorong oleh penemuan – penemuan saintifik yang membuktikan kebenarannya, khususnya terhadap susu, madu dan telur. Berikut adalah formula pemakanan genius – genius Islam yang telah terbukti berupaya meningkatkan kepintaran dan kekuatan daya ingatan :
1) MADU
Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktirafkannya sebagai “shifa’” iaitu penyembuh penyakit. Manisan madu digelar “Raja Ubat”, dapat menyembuh kebanyakkan penyakit. Ia adalah makanan untuk kesihatan keseluruhannya. Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptik dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental individu. Madu juga mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnesium, potassium (kalium), kuprum, silika, klorin, mangganese dan belerang untuk memupuk tenaga dan kesihatan fizikal-mental. Rasullullah s.a.w bersabda, “Siapa ingin hafal, hendaklah ia minum manisan madu”. Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit – penyakit mental di mana ia boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat.
CARA MINUM : 2 sudu teh pada waktu pagi dan malam.
PANTANG : Jangan makan tembikai semasa menggunakan madu. Sangat merbahaya !

2) KISMIS
Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, lembab dan mengalami kelemahan dalam berfikir.
CARA MAKAN :
i)Menghadap Kiblat
ii)Baca “Bismillah” dan selawat ke atas nabi (3 kali)
iii)Baca doa penerang hati
iv)Makan secara kemam seperti makan gula-gula. Tidak berkesan jika dikunyah seperti makan kacang.
v)Makan sebiji-biji sebanyak 21 biji setiap hari.

3) SUSU SEGAR
Susu berguna untk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semulajadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu adalah makanan yang paling lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi enam kelas makanan yang amat diperlukan oleh tubuh iaitu karbohidrat, lemak, protein, semua jenis vitamin, mineral dan air. Ia berkhasiat untuk merawati kesihatan umum dan merupakan penawar kelupaan yang berkesan. Rasullullah s.a.w menerangkan susu boleh menguatkan belakang, menambahi akal, memperbaiki penglihatan dan menghindari penyakit lupa. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri – biri dan lembu yang segar. Susu hidup lebih berkhasiat dari susu debu.
CARA MINUM :
i)Sekurang-kurangnya segelas pada sebelah pagi dan malam
ii)Baca “Bismillah” dan doa minum susu seperti yang dibaca oleh Rasullullah s.a.w

4) TELUR
Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli – ahli kesihatan mengakui ia merupakan makanan yang lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi protein, mineral, vitamin, kalsium, kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi, air, choline dan bahan ekstraktif. Sabda Nabi s.a.w, “Sesungguhnya seorang nabi a.s mengadu kepada Allah (kerana dia)lemah badan. Maka Allah s.w.t memerintahkannya supaya memakan telur”. Telur terutama telur kuning, berupaya mengatasi masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda sekaligus. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.

5) HALIA
Ianya sangat mujarab untuk gejala kelupaan. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halua. Halua ialah halia yang dijadikan manis – manisan dengan merebus dan mencampurkannya dengan gula.
CARA MAKAN : Dimakan sedikit sahaja pada waktu pagi.

6) LIMAU OREN
Berkhasiat untuk mengemaskan urat-urat jantung dan menambah kekuatan fikiran menurut hadis Nabi s.a.w. Limau – limau jenis lain juga elok untuk diamalkan.

7) BUAH DELIMA
Untuk penerang hati. Sabda Nabi s.a.w, “Barangsiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari.”

8) DAGING BURUNG MERPATI
Ianya banyak digunakan oleh bijak pandai Islam dan Melayu dahulukala. Ia mengandungi protein, lemak, kalsium, fosforus dan kalori. Sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutama kanak – kanak. Kaedah ini sangat popular dan berkesan. Kanak – kanak yang diberi telur burung merpati didapati dapat bercakap lebih awal dari kebiasaannya.

9) OTAK AYAM
Boleh dibuat sup dan dicampur dengan halia. Otak ayam yang segar juga boleh dibuat penawar sementara bagi gigitan ular. Perlu diamalkan memakannya.

10) DAGING AYAM
Berbanding dengan semua jenis daging, ayam dianggap mengandungi kadar zat pemakanan yang paling tinggi. Daging ayam betina dara terutamanya berkhasiat meningkatkan prestasi otak dan membaiki darah. Abu Musa r.a meriawayatkan bahawa Nabi s.a.w memakan daging ayam betina.

11) DAGING BIRI-BIRI
Menambah darah, sesuai untuk orang aktif dan bekerja berat serta dapat meningkatkan kekuatan hafazan.

12) HATI
Terutamanya hati ayam dan lembu. Mengandungi pelbagai jenis vitamin dan bermanfaat untuk kesihatan mental dan fizikal.

13) KEKACANG
Beberapa jenis kacang seperti gajus, berangan, kacang soya, pistachio dan lain-lain. Kacang pistachio dipercayai sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutamanya kanak-kanak. Memakan kacang pistachio merupakan amalan pemakanan seorang pelajar genius berbangsa Melayu yang tinggal di Melaka. Kekacang mengandungi nilai protein yang tinggi.

14) BUAH BADAM
Untuk meningkatkan kecerdasan.

15) ZA’FARAN : KOMKOMA (CROCOS SATIVUS)
Sejenis bahan berambu merah. Dimakan sedikit sahaja. Dijual di kedai-kedai runcit India dan sesetengah kedai runcit Melayu.

16) KEMENYAN PUTIH (kemenyan serani/luban/kundar)
Ditumbuk halus-halus dan dimakan dengan gula.

17) BUNGA KOBIS
Terdapat sejenis asid amino untuk tenaga mental.

18) BUNGA CENGKEH
Ditumbuk sehingga halus lalu diamakn sedikit sahaja.

19) LABU
Berfaedah menambahkan keupayaan fikiran dan akal. Sabda Nabi s.a.w., “Makanlah labu kerana ia mencerdaskan akal”. Baginda juga berkata, “Jika kamu membuat sup (atau kuah), dianjurkan memasukkan labu ke dalamnya kerana ia menambahkan kemampuan fikiran dan akal.

20) BUAH KEDEKAI (MAJALAWI)
Menguatkan hafalan dan menguatkan kekuatan badan.

21) MINYAK SAPI
Dimakan terus atau dicampurkan dengan masakan dalam kuantiti yang kecil.

22) SAYUR-SAYURAN DAN BAUH-BUAHAN SEGAR
Juga membantu meningkatkan akal dan memori.


"Jika anda berhasrat untuk berjaya, jangan hanya memandang ke tangga tetapi belajarlah untuk menaiki tangga tersebut"

"Di mana anda berdiri, di situlah perlumbaan kehidupan anda dan lupakan masa silam"

MAKANAN PENYEBAB LUPA

"Berfikir sebelum berbuat adalah satu kebijaksanaan, berfikir selepas berbuat adalah satu kebodohan, berbuat tanpa berfikir adalah seribu kebodohan"

1) Banyak makan epal yang sudah masam.
2) Banyak makan makanan masam termasuk asam atau jeruk buahan.
3) Banyak makan bawang besar.
4) Banyak makan makanan yang mengandungi rempah dan ketumbar kering.
5) Memakan kepala ikan.
6) Memakan makanan dan minuman yang bercampur dengan semut. Semut dipercayai mengandungi sejenis kimia yang boleh melemahkan ingatan.
7) Makan sehingga terlalu kenyang.
8) Makan makanan yang disentuh oleh tikus.
9) Makan makanan yang dijual di warung-warung yang kotor dan terdedah.
10) Minum minuman yang memabukkan seperti arak dan tuak masam.
11) Banyak makan makanan yang mengandungi bahan kimia termasuk bahan perasa dan bahan awet. Umpamanya minuman bergas dan makanan segera (junk food). Bahan kimia di dalamnya boleh menumpulkan fikiran dan daya ingatan seseorang.


"Kerana anda dapat mengawal kehidupan anda. Jangan sesekali lupa bahawa anda adalah diri anda setelah pilihan yang anda buat secara sedar atau tidak sedar" Barbara Hall.

PETUA – PETUA MUJARAB UNTUK KECERDASAN DAN INGATAN

1) Kemenyan putih atau kemenyan serani ditumbuk sehingga halus. Kemudian campurkan dengan sedikit gula pasir. Dimakan satu sudu pada setiap pagi untuk mendapatkan otak yang pintar dan memudahkan hafalan. Kemenyan ini boleh dibeli di kedai-kedai runcit. Nabi s.a.w. menggalakkan penggunaannya untuk kecerdasan.

2) Telur separuh masak yang dicampurkan dengan madu dan 5 hingga 7 biji badam di makan pada setiap malam. Ia adalah resepi istimewa untuk masalah – masalah yang berhubung dengan otak. Berkesan untuk mengatasi kelemahan daya ingatan, ketumpulan akal fikiran, penat selepas memerah fikiran, kerap menguap, lemah daya penumpuan, selalu berkhayal, tidak berminat dengan kerja seharian dan emosi mudah terganggu.

"Kesusahan tidak semuanya seksaan dan yang paling pahit itu bukan semuanya racun. Tetapi adakalanya lebih berguna daripada kesenangan yang terus-menerus"
www.familiazam.com
"Orang yang sebenarnya berani ialah mereka yang tak lekas patah hati, tetapi bertahan dengan menghadapi setiap dugaan dan cabaran"

Peranan Guru Besar dan Penolong Kanan Dalam Meningkatkan Kualiti Staf

Pendahuluan

Senario pendidikan negara hari ini harus dapat dilihat secara menyeluruh dalam konteks merealisasikan Falsafah Pendidikan Negara dan Wawasan Pendidikan supaya rakyat dan negara tidak terpinggir dalam arus globalisasi dan ledakan teknologi maklumat yang begitu pantas berkembang.

Segala perubahan yang sentiasa berlaku khususnya dalam pendidikan negara kita memerlukan para Guru Besar dan Penolong Kanan sama-sama bersedia untuk berubah, bersedia untuk menerima cabaran-cabaran baru di peringkat akar umbi iaitu sekolah agar kualiti dan kecemerlangan pendidikan yang menyeluruh dapat dicapai dengan berkesan.

Kecemerlangan perlukan reformasi di peringkat sekolah terutama menumpukan kepada faktor-faktor dalam sekolah itu sendiri yang merangkumi dasar sekolah, amalan-amalan, tanggapan, sikap dan motivasi staf, matlamat dan kesetiaan serta pencapaian organisasi.

Reformasi perlukan penglibatan total seluruh staf yakni bukannya bersifat individualistik atau melibatkan sekumpulan guru sahaja. Jika tidak kemajuan adalah sedikit sahaja dan tidak berjaya dari segi 'school wide improvement.'

Perubahan ke arah peningkatan kualiti staf dan organisasi perlukan kefahaman dan kesediaan pihak-pihak berikut;

1. Pengurusan atasan (pemimpin)
2. Seluruh kakitangan/Staf (Total Involvement)
3. Pasukan-pasukan kerja.

QC (Quaity Control) mula-mula dilaksanakan dalam tahun 1920 di Amerika Syarikat sebagai satu alat statistik dalam usaha penambahbaikan pengeluaran industri pada waktu itu. Jepun kemudiannya menggunakannya di dalam semua operasi sesebuah organisasi sebagai kawalan kualiti yang dikenali kemudiannya sebagai Total Qualty Control (TQC).

A.V. Feigenbaum (1920 - ) orang yang memperkenalkan TQC mendefinisikan TQC sebagai;
"Total quality control is an effective system for integrating
the quality-development, quality-maintenance, and quality
-improvement efforts of the various groups in an organization
so as to enable production and service at the most economical
levels which allow for full customer satisfaction."

Sheh Seow Wah dalam Chinese Management (1995) menyenaraikan tujuh ciri yang digelarnya sebagai 'kesakitan-kesakitan menular' di dalam organisasi:

1. Kurangnya sistem operasi dan mekanisme kawalan.
2. Struktur aktiviti yang rendah.
3. Stail Kepemimpinan.
4. Ketrampilan dan kemahiran pengurusan.
5. Kurangnya Arahtuju.
6. Ketidakberkesanan Mesyuarat.
7. Cakap Sahaja Tiada Tindakan.

Situasi ini akhirnya mewujudkan semangat bekerja yang rendah di kalangan staf ditambah pula suasana kerja yang pasif dan tahap motivasi yang juga rendah. Keadaan ini seterusnya timbul budaya kerja yang jadi faktor penghalang kepada penyuburan, kemajuan dan perkembangan organisasi.

Hubungan Individu dengan Organisasi

Setiap individu adalah anggota organisasi. Tingkah-laku individu merupakan tingkah-laku organisasi. Jika setiap individu di dalam sesuatu kumpulan bekerja dengan baik maka prestasi kumpulan itu menjadi baik. Jika setiap kumpulan dalam bahagian/unit dapat bekerja dengan baik, seluruh prestasi bahagian/unit itu juga akan jadi baik. Begitulah seterusnya jika setiap bahagian/unit dalam sesuatu organisasi bekerja dengan baik, nescaya organisasi akan mencapai kecemerlangan, menjadi lebih kompetetif dan makmur. Para pengurus mestilah dapat menentukan arahtuju dan dengan itu dapat menukar dan membentuk tingkahlaku staf ke arah yang lebih berkualiti dan cemerlang.

Dalam situasi di mana tiadanya objektif dan arahtju serta tiada pula pelan tindakan organisasi itu menuju kehancuran. Bagi yang ada objektif tetapi tiada pelan bertindak ia seolah-olah bermimpi di siang hari. Begitu juga halnya jika organisasi mempunyai pelan bertindak yang baik tetapi kurang pula aspek objektif dan arahtuju yang jelas, organisiasi sedemikian dikatakan berjalan dalam tidur.

Mod Tingkah-laku : Pengurus personel perlu sediakan role-model dalam interaksi harian dengan manusia, respon kepada peristiwa dan membuat keputusan. Nilai dan norma haruslah serasi dengan perkembangan polisi dan prosedur yang diperkenalkan. Mengubah tingkah-laku selalunya sukar dan menyulitkan Perubahan tingkah-laku hanya boleh berlaku apabila manusia mempunyai pengetahuan dan kebolehan menterjemah nilai-nilai dan norma-norma baru di samping boleh menerimanya. Jika pekerja tidak mempercayai kepentingan nilai-nilai dan norma-nroma tersebut, mereka tidak akan mengamalnya. Oleh itu mengubah tingkah-laku individu, kumpulan dan organisasi lazimnya memakan masa, dari tahap ke tahap serta secara beransur-ansur.

Menurut Sergiovanni (1984) Guru Besar mestilah memainkan peranan pemimpin yang berketrampilan (competent leader). Beliau senaraikan lima kelompok peranan tersebut sebagai berikut:

1. Pemimpin Teknikal:
- Tumpukan kepada teknik pengurusan yang cekap dan mahir memanipulasi strategi dan
keadaan bagi jamin keberkesanan yang maksimum.

2. Pemimpin Manusia:
- mahir dan cekap dalam aspek perhubungan manusia, perhubungan individu dan
manusia menggerakkan (motivate) stafnya, membina dan mengekalkan moral
yang tinggi, galakkan inovasi dan kreativiti di samping beri sokongan yang perlu.

3. Pemimin Pendidikan:
- main peranan sebagai 'clinical practitioner' iaitu sumbangkan kepakaran dalam
pendidikan dan persekolahan. Mahir dalam aspek kurikulum, diagnosis keperluan
pelajar, penilaian dan penyeliaan atau pencerapan yang berkesan.

4. Pemimpin Simbolik:
- mainkan peranan sebagai penghulu (chief) yang memberi isyarat tentang nilai,
kepentingan atau tujuan sesuatu yang hendak dicapai. Perlu punyai wawasan yang
disampaikan kepada staf dan pelajar di sekolahnya.

5. Pemimpin Budaya:
- main peranan sebagai 'high priest' - dilihat dari usaha-usahanya mencari, mentafsir
dan memperkukuhkan nilai, kepercayaan dan unsur budaya yang dapat menjadikan
sebuah sekolah yang unik. Kepemimpinan ini selalunya memperlihatkan usaha bagi
mengekal imej dan prestij sekolah.

Hussein Mahmood (1993) menyenaraikan peranan-peranan berikut sebagai menyumbang kepada kejayaan, kecemerlangan dan kualiti sekolah.

1. mempunyai wawasan tentang sekolahnya;
2. menetapkan falsafah, misi (mission) dan matlamat serta objektif sekolahnya;
3. menjelaskan wawasannya kepada semua staf dan pelajar termasuk ibu bapa dan
masyarakat sekitar;
4. menetapkan objektif dan strategi pengajaran dan kurikulum;
5. menyelia, mengesan dan menilai kurikulum dan program pengajaran;
6. menyelaras program pengajaran dan aktiviti kurikulum sekolah;
7. mengawasi waktu pembelajaran murid;
8. menggalak dan memberikan sokongan perkembangan profesional kepada guru;
9. membantu dan memberi sokongan kepada guru dalam pengajaran serta menyediakan
intensif dan sumber;
10.mengawal mutu pengajaran di sekolah; dan
11.mewujudkan iklim sekolah yang kondusif bagi meningkatkan proses pembelajaran

Membina Hubungan Interpersonal/ Organisasional

Mewujudkan hubungan interpersonal dalam sesebuah organisasi amat penting dilakukan secara profesional bagi menentukan kejayaan objektif yang telah ditentukan. Satu situasi hubungan yang dinamakan Menang/Menang (Win/Win) harus dapat diwujudkan dan ini sekaligus melibatkan prinsip-prinsip kepemimpinan interpersonal.

Kepemimpinan interpersonal yang berkesan perlukan:

1. Visi
2. Inisiatif proaktif
3. Bimbingan
4. Kebijaksanaan dan Hikmah
5. Kuasa

Situasi menang/menang mempunyai lima dimensi yang penting;

1. Watak
2. Hubungan
3. Persetujuan
4. Sistem sokongan
5. Proses

1. Watak : Asas kepada menang/menang dan terdiri daripada tiga ciri penting iaitu:

a. INTEGRITI - nilai kepada diri sendiri
- bina sedar-diri dan kebebasan memilih dan bertindak
dengan menunaikan janji dan komitmen.

b. KEMATANGAN - ditakrifkan sebagai imbangan antara keberanian dengan
pertimbangan.
- tinggi keberanian dan pertimbangan adalah perlu untuk capai situasi
menang/menang.

c. ABUNDANCE MENTALITY - satu paradigma bahawa terdapat banyak ruang dan
peluang bagi semua orang.
- hasilnya berkongsi prtestasi, pengiktirafan, keuntungan, membuat
keputusan dan sebagainya.
2. Hubungan : Terbina selepas asas kepada watak dan kepercayaan.
walaupun kita melihat sesutau berbeza tetapi oleh kerana kita mempercayai
satu sama lain, kita sedia mendengar dan komited bagi memahami
pandangan masing-masing dan kerana itu sedia untuk bekerjasama.
3. Persetujuan : Terdapat lima unsur bagi wujudkan persetujuan menang/menang.

(a) Hasil yang dikehendaki (bukan kaedah) iaitu kenalpasti apa perlu dilakukan dan bila.
(b) Bimbingan; perincikan batasan-batasan )(prinsip dan polisi) di mana hasil perlu
disempurnakan.
(c) Sumber; kenalpasti bantuan dari segi kemanusiaan, kewangan, teknikal atau
organisasional bagi membantu mencapai hasil.
(d) Akauntabiliti; tetapkan standard prestasi dan waktu penilaian akan dibuat.
(e) Kesan-Akibat; perincikan antara baik dan buruk; natural atau logikal; apa akan
berlaku sebagai kesan daripada penilaian tersebut.

4. Sistem Sokongan:

- Bagi mencapai matlamat dan nilai, kita perlu selaraskan sistem ganjaran dengan
matlamat dan nilai-nilai tersebut.
- Libatkan staf di peringkat akar umbi untk membina dan memupuk jenis-jenis sistem
yang boleh memotivasi mereka.
- Untuk kejayaan menang/menang, sistem-sistem yang perlu ada:
- sistem latihan
- sistem perancangan
- sistem komunikasi
- sistem belanjawan
- sistem informasi
- sistem ganjaran
- Lazimnya sering berlaku masalah di dalam sistem, bukan orangnya. Jika kita
letak orang yang baik di dalam sistem yang buruk, kita akan mendapat hasil
yang buruk!

5. Proses: Proses dilihat sebagai satu cara bagaimana mencapai situasi menang/menang.
Unsur kepada rundingan berprinsip ialah dengan mengasingkan orang daripada masalah,
tumpuan kepada kepentingan bukan kepada kedudukan, mencipta pilihan berfaedah
bagi kedua-dua belah pihak di samping menekankan kepentingan objektif.

Oleh itu penyelesaian menang/menang patut melibatkan proses berikut:

1. Lihat masalah daripada sudut pandangan yang lain. Benar-benar cuba memahami dan
beri pendapat kepada keperluan pihak yang satu lagi.
2.Kenalpasti isu-isu kunci dan perkara-perkara yang berkenaan dan bukan kepada
kedudukan.
3.Tentukan apa hasil yang diperolehi dalam sesuatu penyelesaian yang diterima
sepenuhnya.
4.Kenalpasti pilihan-pilihan baru yang boleh mencapai hasil-hasil tersebut.

Penutup

Adalah jelas betapa pentingnya hubungan tugas dan peranan di antara individu dengan organisasi bagi menentukan kualiti dan kecemerlangan secara menyeluruh. Individu dan organisasi perlu mempunyai disiplin yang utuh bagi menempa kejayaan.

"Organization and discipline can give strength to the weak and small.
The role of organization and discipline is not confined to the military
forces and to war, though in these areas they play a most vital role.
In other fields too organization and discipline are important in ensuring
success."
~ (Mahathir Mohamad - The Challenge, 1986)

Oleh itu mengejar kualiti dan kecemerlangan organisasi adalah bermula dengan kualiti diri setiap individu sesebuah organisasi dan sewajarnyalah kita sebagai guru besar dan penolong kanan dapat memainkan peranan yang positif secara lebih dinamik dan dengan penuh semangat jaya diri yang unggul dan tinggi setiap waktu.

Knowing others is intelligence;
knowing yourself is true wisdom.
Mastering others is strength;
mastering yourself is true power.

If you realize that you have enough,
you are truly rich...

- Taoism




Rujukan

Bremer, Sydney Newton. Ph.D (1989) 366 Self-Motivating Essays For Students & Adults. Thinker's Library Sdn. Bhd. Selangor D.E.

Brinkman, Rick and Krischner, Rick (1994) Dealing With People You Can't Stand. Mc Graw-Hill, Inc. New York.

Covey, Stephen R. (1989) The Seven Habits Of Highly Effective People. Simon & Schuster, New York.

Covey, Stephen R. & Merill, A. Roger & Merill, Rebecca R. (1994) First Things First. Simon & Schuster, New York.

Hussein Mahmood (1993) Kepemimpinan dan Keberkesanan Sekolah. Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Mahathir Mohamad (1986) The Challenge. Pelanduk Publications (M) Sdn. Bhd. Petaling Jaya, Selangor D.E.

Mizuno, Shigeru (1988) Company-Wide Total Quality Control. Asian Productivity Organization, Tokyo.

Novak, Philip 91994) The World's Wisdom. Harper Collins Publishers, New York.

Sheh Seow Wah (1995) Chinese Management. MPH Distributors Sdn. Bhd. Petaling Jaya, Selangor D.E.

______________________________________________________________________
(* Ceramah disampaikan sewaktu Kursus Pengurusan Pendidikan Sekolah Rendah bagi Guru Besar dan
Penolong Kanan (Kurikulum) Daerah Temerloh, bertempat di Institut Latihan Risda Kg. Awah,